Skip to main content

Kempen Kitar Semula - Pakaian & Buku

WhatsApp Image 2025 10 08 at 5.00.14 PM

Program Kitar Semula (baju terpakai dan buku)  Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah melaksanakan Program Kitar Semula pada 20 Februari - 26 Februari 2025 sebagai salah satu inisiatif kelestarian jabatan dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab.

Program ini memberi tumpuan kepada pengumpulan pakaian dan buku terpakai daripada semua staf jabatan. Pakaian yang masih dalam keadaan baik disalurkan untuk kegunaan semula, manakala pakaian yang rosak dan buku lama dikumpulkan bagi tujuan kitar semula. Inisiatif ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada warga PPKT yang mengambil peluang untuk mengosongkan almari di rumah sambil menyumbang ke arah pemeliharaan alam sekitar.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja membantu mengurangkan sisa pepejal dan memanjangkan jangka hayat barangan, tetapi juga memupuk kesedaran sivik dan tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga jabatan. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan secara berterusan sebagai sebahagian daripada komitmen PPKT dalam menyokong aspirasi universiti ke arah kampus hijau dan mampan.

Baca lagi …Kempen Kitar Semula - Pakaian & Buku

  • Hits: 320

Penarafan 5 Daun

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah melakar kejayaan membanggakan apabila berjaya menerima Penarafan 5 Daun dalam Program Audit Pejabat Hijau Universiti Sains Malaysia 2024. Pengiktirafan ini merupakan hasil usaha berterusan PPKT dalam melaksanakan amalan kelestarian yang menyokong aspirasi universiti ke arah kampus hijau dan lestari.

penarafan5daun03

Program Audit Pejabat Hijau merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Pejabat dan Desasiswa Hijau (GreenOffice@USM) yang dianjurkan oleh Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) dengan kerjasama Kampus Sejahtera USM. Program ini bertujuan memberi pendedahan, bimbingan, dan cadangan bagi memperkukuh amalan kelestarian dalam persekitaran kerja di seluruh universiti.

Baca lagi …Penarafan 5 Daun

  • Hits: 305

Pelaksanaan Dan Pemerkasaan Urusan Kelestarian Di Universiti Sains Malaysia 2024

Garis Panduan Pejabat Hijau & Desasiswa Hijau 2024

Garis Panduan Amalan Hijau PPKT merupakan sebuah dokumen yang mengandungi iltizam warga PPKT Kampus Kejuruteraan di dalam mengadaptasi amalan-amalan murni ke arah pemuliharaan dan kelestarian alam semulajadi. Dokumen ini mengandungi perkara-perkara seperti :

Eco Green Page 1

Baca lagi …Pelaksanaan Dan Pemerkasaan Urusan Kelestarian Di Universiti Sains Malaysia 2024

  • Hits: 306

Kelestarian dan Keselamatan Ruang Kerja Semasa Cuti Raya

tipsbalikkampung

Musim cuti panjang dan perayaan sering dinantikan oleh warga kerja untuk meluangkan masa bersama keluarga di kampung halaman. Namun begitu, dalam kegembiraan menyambut cuti, aspek keselamatan dan kelestarian ruang kerja perlu diberi perhatian bagi memastikan operasi organisasi kekal selamat dan lestari.

Antara langkah penting yang wajar diambil sebelum meninggalkan tempat kerja ialah memastikan semua pintu dan tingkap dikunci dengan sempurna. Ini penting bagi mengelakkan sebarang risiko pencerobohan atau kehilangan aset jabatan.
Selain itu, barang berharga dan dokumen penting hendaklah disimpan di tempat yang selamat serta berkunci untuk menjamin kerahsiaan dan keselamatan data organisasi.

Dari sudut kelestarian tenaga, warga kerja digalakkan untuk menutup semua suis utama, mencabut plug dan mematikan peralatan elektrik seperti komputer, pencetak serta pendingin hawa. Langkah ini bukan sahaja mengelakkan risiko kebakaran, malah menyumbang kepada penjimatan tenaga serta mengurangkan jejak karbon jabatan.

Baca lagi …Kelestarian dan Keselamatan Ruang Kerja Semasa Cuti Raya

  • Hits: 281

Alhamdulillah Raya Lagi 2024

whatsapp image 2025 10 08 at 11.28.46 am3 Mei 2024 - Kelab PPKT telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertemakan “Alhamdulillah Raya Lagi 2024” pada 3 Mei 2024 (Jumaat) bertempat di Studio Telesidang/Bilik Jamuan. Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini disambut dengan penuh keceriaan dan semangat ukhuwah sesama warga jabatan.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang majlis berlangsung, antaranya ialah Kuiz Raya, Pemilihan Personaliti Raya Terbaik, serta Sambutan Hari Lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan berkenaan. Selain itu, turut menjadi tumpuan ialah penyampaian duit raya dan hidangan pelbagai juadah tradisional yang disediakan bersama oleh warga jabatan.

Menariknya, pada tahun ini pihak penganjur turut menggalakkan amalan mesra alam dengan menyeru semua staf untuk membawa mangkuk tingkat, bekas makanan, pinggan dan cawan sendiri. Langkah ini diambil bagi mengurangkan penggunaan plastik pakai buang dan menyokong inisiatif kelestarian alam sekitar.

Majlis yang meriah ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan staf selepas menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing. Suasana penuh kegembiraan dan gelak tawa jelas terasa, melambangkan kemesraan dan keharmonian dalam kalangan ahli Kelab PPKT.

Baca lagi …Alhamdulillah Raya Lagi 2024

  • Hits: 263