Pertandingan Kelestarian & Keceriaan PPKT USM Kejuruteraan
21 November 2023 - Jawatankuasa Kelestarian dan Keceriaan PPKT telah ditubuhkan bermula tahun 2012 yang dianggotai oleh seorang pengerusi dan 8 ahli jawatankuasa. Pengerusi jawatankuasa dipilih setiap tahun berdasarkan proses undian yang dijalankan setiap akhir tahun manakala ahli dilantik oleh pengerusi.
Jawatankuasa ini bersidang sekurang-kurangnya 4 kali setahun dan berbincang hal yang berkaitan dengan kelestarian seperti penggunaan elektrik, penjimatan yang boleh dilakukan, aktiviti berkaitan Taman Herba PPKT, tanaman hidroponik dan lain-lain. Selain itu, jawatankuasa juga sering menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dirasakan bersesuaian dalam memastikan kelestarian dan keceriaan di PPKT.
Untuk tahun 2023 ini, jawatankuasa telah mencadangkan dan melaksanakan Pertandingan Kelestarian dan Keceriaan PPKT yang dipertandingkan mengikut seksyen yang terdapat di PPKT iaitu Pejabat Timbalan Pengarah, Seksyen Infostruktur, Seksyen Perkhidmatan Korporat & Seksyen Aplikasi, Web & Multimedia (SAWM). Setiap seksyen diberikan ruang angkat untuk diubahsuai mengikut citarasa dan kreativiti seksyen masing-masing dengan bajet RM200.
Pertandingan ini telah dilaksanakan bermula 16 Jun 2023 dan sesi penilaian telah diadakan pada 21 November 2023 oleh Profesor Madya Dr. Mohd Remy Rozainy Bin Mohd Arif Zainol selaku Pengerusi Kelestarian Kampus Kejuruteraan dan dibantu oleh Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab, Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kejuruteraan dan Encik Mohammad Faizal Bin Abu Bakar (Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia).
Alhamdulillah dengan hikmah pertandingan ini menjadikan PPKT satu jabatan yang menyambut seruan USM dalam melestarikan kawasan sekitar PTJ di samping merapatkan ukhwah sesama staf semasa proses aktiviti gotong-royong menceriakan bangunan PPKT.









Dokumen laporan lengkap boleh didapati di sini.
- Hits: 24