Skip to main content

Projek Penanaman Padi Secara Hidroponik

whatsapp image 2023 11 07 at 11.21.11 amPada 7 November 2023, di bawah Jawatankuasa Kelestarian dan Keceriaan PPKT, satu aktiviti penanaman padi menggunakan sistem hidroponik telah dijalankan di Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi. Projek ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah penanaman padi moden yang lebih efisien serta sesuai diaplikasikan di kawasan terhad seperti persekitaran bandar.

Sistem yang digunakan direka menggunakan paip PVC sebagai saluran utama bagi air dan nutrien, bagi memastikan tanaman padi mendapat bekalan yang mencukupi untuk pertumbuhan optimum. Aktiviti ini telah melibatkan beberapa kakitangan yang menunjukkan semangat kerjasama tinggi serta komitmen terhadap usaha memperkukuh kedaulatan makanan negara.

Projek ini diharap dapat dijadikan contoh kepada masyarakat dalam mengamalkan teknologi pertanian moden yang lestari, inovatif dan mampu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan sara diri makanan negara. 

whatsapp image 2023 11 06 at 1.09.12 pmwhatsapp image 2023 11 06 at 1.09.13 pmcollage hydro paddy

img 0831img 0843 thumb

 

  • Hits: 26