PROGRAM PENGUMPULAN E-WASTE: Bersama Menjayakan Usaha Kelestarian Kampus
| Tarikh | : 8 Disember 2023 (Jumaat) |
| Masa | : 8.00 pagi – 10.00 pagi |
| Tempat | : Kawasan Parking Motosikal PPKT (bersebelahan Bilik Info), USM |
| Anjuran | : Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) USM |

Bagi menyokong inisiatif kelestarian hijau di kampus, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah menganjurkan Program Pengumpulan E-Waste yang memberi peluang kepada warga kampus untuk menyerahkan sisa buangan elektrik dan elektronik isi rumah yang tidak lagi digunakan seperti komputer, telefon bimbit, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, serta pelbagai peralatan elektrik lain.
Program yang dijalankan selama dua jam pada pagi Jumaat itu berjaya menarik penyertaan ramai staf dan pelajar yang prihatin terhadap penjagaan alam sekitar. Melalui aktiviti ini, pelbagai jenis barangan elektronik terpakai telah berjaya dikumpulkan untuk dilupuskan dengan cara yang selamat dan mesra alam.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti kampus tentang kepentingan pengurusan sisa elektronik secara bertanggungjawab serta menggalakkan budaya kitar semula e-waste bagi mengurangkan pencemaran bahan berbahaya kepada alam sekitar.
PPKT mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menyumbang dalam menjayakan program ini. Usaha kecil ini membawa impak besar dalam memastikan Universiti Sains Malaysia terus ke hadapan sebagai kampus lestari dan berteknologi hijau.
- Hits: 23