Skip to main content

Kempen Kitar Semula – Pengumpulan Pakaian & Barangan Terpakai

WhatsApp Image 2024 07 15 at 2.32.06 PM18 April 2024 - Sebagai usaha menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDG) khususnya SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Secara Bertanggungjawab, Seksyen Info, Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Kempen Pengumpulan Pakaian dan Barangan Terpakai pada 18 April 2024 (Khamis). Program ini telah berlangsung di Ruang Legar Seksyen Info dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Kempen ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Enovate serta disokong oleh pengurusan universiti sebagai inisiatif untuk menggalakkan warga kampus mengamalkan gaya hidup lestari melalui aktiviti kitar semula dan guna semula barangan terpakai.

Antara barangan yang dikumpulkan ialah:

  1. Pakaian elok (boleh dipakai semula)
  2. Pakaian tidak elok (untuk dikitar semula)
  3. Cadar, sarung bantal, toto, langsir dan sebagainya
  4. Barangan lain seperti dompet, kasut dan beg

Bagi memastikan proses pengumpulan berjalan lancar, peserta diminta untuk melabelkan setiap bungkusan mengikut kategori. Usaha ini bukan sahaja memudahkan pengurusan sumbangan tetapi juga membantu memastikan semua barangan dapat diagihkan atau dikitar semula dengan betul.

Kempen ini turut mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kampus yang prihatin terhadap isu kelestarian alam sekitar. Melalui inisiatif ini, pihak penganjur berharap dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan mengurangkan pembaziran, mengitar semula barangan yang masih boleh digunakan, serta membantu golongan yang memerlukan.

Secara tidak langsung, kempen ini menyumbang kepada pencapaian sasaran SDG 12 dan SDG 13 (Tindakan terhadap Perubahan Iklim) melalui amalan hijau dan pengurusan sumber secara mampan.

 

  • Hits: 28