Alhamdulillah Raya Lagi 2024
3 Mei 2024 - Kelab PPKT telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri bertemakan “Alhamdulillah Raya Lagi 2024” pada 3 Mei 2024 (Jumaat) bertempat di Studio Telesidang/Bilik Jamuan. Majlis yang bermula pada pukul 9.00 pagi ini disambut dengan penuh keceriaan dan semangat ukhuwah sesama warga jabatan.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang majlis berlangsung, antaranya ialah Kuiz Raya, Pemilihan Personaliti Raya Terbaik, serta Sambutan Hari Lahir bagi kakitangan yang lahir pada bulan berkenaan. Selain itu, turut menjadi tumpuan ialah penyampaian duit raya dan hidangan pelbagai juadah tradisional yang disediakan bersama oleh warga jabatan.
Menariknya, pada tahun ini pihak penganjur turut menggalakkan amalan mesra alam dengan menyeru semua staf untuk membawa mangkuk tingkat, bekas makanan, pinggan dan cawan sendiri. Langkah ini diambil bagi mengurangkan penggunaan plastik pakai buang dan menyokong inisiatif kelestarian alam sekitar.
Majlis yang meriah ini turut menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan staf selepas menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing. Suasana penuh kegembiraan dan gelak tawa jelas terasa, melambangkan kemesraan dan keharmonian dalam kalangan ahli Kelab PPKT.
- Hits: 24