Kempen Penanaman 1 Juta Pokok
Program Penanaman Pokok Limau, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)
Pada 22 April 2025, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah melaksanakan Program Penanaman Pokok Limau sebagai salah satu inisiatif kelestarian jabatan dalam menyokong Program Penanaman Satu Juta Pokok di Negeri Pulau Pinang. Program ini turut sejajar dengan komitmen universiti terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim, SDG 15: Kehidupan di Darat, dan SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan.
Pelaksanaan program ini bertujuan untuk:
- Memelihara keseimbangan ekosistem melalui peningkatan kawasan hijau di sekitar kampus;
- Meningkatkan kesedaran warga kampus dan masyarakat tentang kepentingan penjagaan alam sekitar;
- Mengurangkan pencemaran udara serta kesan rumah hijau melalui penanaman pokok yang mampu menyerap karbon dioksida; dan
- Menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti berasaskan kelestarian dan pemuliharaan alam semula jadi.
Program ini bukan sahaja menyumbang kepada usaha pengindahan persekitaran kampus, tetapi juga menjadi platform untuk memupuk semangat tanggungjawab sosial dan alam sekitar dalam kalangan warga jabatan. Inisiatif ini diharap dapat diteruskan secara berterusan sebagai sebahagian daripada komitmen PPKT dalam mendukung aspirasi universiti ke arah kampus hijau dan lestari.
Baca lagi …Kempen Penanaman 1 Juta Pokok
- Hits: 316
18 April 2024 - Sebagai usaha menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals – SDG) khususnya SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Secara Bertanggungjawab, Seksyen Info, Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Kempen Pengumpulan Pakaian dan Barangan Terpakai pada 18 April 2024 (Khamis). Program ini telah berlangsung di Ruang Legar Seksyen Info dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Pada 7 November 2023, di bawah Jawatankuasa Kelestarian dan Keceriaan PPKT, satu aktiviti penanaman padi menggunakan sistem hidroponik telah dijalankan di Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi. Projek ini bertujuan untuk memperkenalkan kaedah penanaman padi moden yang lebih efisien serta sesuai diaplikasikan di kawasan terhad seperti persekitaran bandar.