Skip to main content

Pengukuran Kadar Aliran Air di PTJ

lajuair011. Pengenalan

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ke arah penggunaan air secara efisien dan lestari, setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) diminta melaksanakan pengukuran kadar aliran air bagi semua paip yang terdapat di premis masing-masing. Aktiviti ini bertujuan untuk mengenal pasti kecekapan sistem bekalan air sedia ada dan membantu jabatan merancang langkah penjimatan serta pengoptimuman penggunaan sumber air.

Langkah ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG) 6: Air Bersih dan Sanitasi, khususnya di bawah sasaran 6.4 – “Meningkatkan kecekapan penggunaan air di semua sektor dan memastikan pengambilan serta bekalan air yang lestari.”

Baca lagi …Pengukuran Kadar Aliran Air di PTJ

  • Hits: 417

Senaman untuk Kesihatan dan Pembangunan Lestari

whatsapp image 2025 10 08 at 4.44.47 pm 1

Pengenalan

Dalam era moden yang serba sibuk, gaya hidup sedentari semakin menjadi kebiasaan. Ramai menghabiskan masa di hadapan skrin dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

Namun, senaman bukan sekadar cara menurunkan berat badan — ia merupakan asas kepada kesihatan fizikal, mental, dan sosial yang menyumbang kepada matlamat pembangunan mampan sejagat. Pada 3 Julai Staf PPKT telah menyertai program ‘Senaman Untuk Sihat’ yang dianjurkan oleh Pejabat Pengarah Kampus bertempat di dewan seminar Kampus Kejuruteraan. Sesi menarik itu diketuai oleh Norhiman Ahmad, Penolong Pegawai Sains dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM.

 

 

Baca lagi …Senaman untuk Kesihatan dan Pembangunan Lestari

  • Hits: 296

Kempen Kitar Semula: USM Terus Melangkah ke Arah Kampus Lestari

WhatsApp Image 2025 10 08 at 5.00.19 PM25 Jun 2025 - Sebagai usaha berterusan dalam menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Secara Bertanggungjawab, Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor, Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM) telah menganjurkan Program Pengumpulan Barangan Kitar Semula pada 24 Jun 2025 (Selasa) bertempat di Science and Engineering Research Centre (SERC).

Program yang dijalankan dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang ini merupakan hasil kerjasama antara BJIM, E-Idaman, Enactus USM, dan Kelab Enovate. Inisiatif ini bertujuan untuk menggalakkan warga kampus mempraktikkan budaya kitar semula, guna semula dan kurangkan sisa (3R) dalam kehidupan seharian, selaras dengan visi USM sebagai universiti berstatus Apex dan Kampus Hijau (Green Campus).

Baca lagi …Kempen Kitar Semula: USM Terus Melangkah ke Arah Kampus Lestari

  • Hits: 418

Webinar "Jom Kitar Semula" Galak Masyarakat Amalkan Budaya Lestari

webinar eidaman01Pulau Pinang, 17 Jun 2025 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Bahagian Jaringan Industri & Masyarakat (BJIM) dengan kerjasama E-Idaman Sdn Bhd telah menganjurkan satu webinar bertajuk “Jom Kitar Semula” yang berlangsung secara atas talian melalui platform Webex.

Webinar yang bermula pada jam 10:30 pagi hingga 12:30 tengah hari ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan amalan kitar semula dalam komuniti. Program ini turut menekankan beberapa topik penting termasuk jenis-jenis bahan yang boleh dikitar semula, kaedah pengasingan yang betul menggunakan aplikasi idamanXchange, serta peranan individu dalam menjayakan misi kelestarian alam sekitar.

Program ini menampilkan Encik Muhammad Hanifah bin Redzuan, Pegawai Jabatan Komunikasi Korporat E-Idaman Sdn Bhd, sebagai penceramah jemputan. Dalam sesi perkongsian beliau, peserta diberikan pendedahan mengenai cara pengurusan sisa kitar semula secara sistematik dan berkesan menggunakan teknologi aplikasi.

Baca lagi …Webinar "Jom Kitar Semula" Galak Masyarakat Amalkan Budaya Lestari

  • Hits: 323

Gotong-Royong Kelestarian

aktivti kelestarian 290525 2329 Mei 2025 | Nibong Tebal – Sebagai usaha menyokong pembangunan kampus yang lebih lestari dan ceria, satu aktiviti gotong-royong telah dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan aktif daripada staf Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT). Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kelestarian kampus yang memberi fokus kepada empat projek utama, dengan objektif memperkukuh nilai kebersihan, kitar semula, dan penjagaan alam sekitar dalam kalangan warga kampus.

Staf PPKT berganding bahu menyumbang tenaga dan masa dalam menjayakan aktiviti ini, yang bukan sahaja mencerminkan semangat kerjasama, tetapi juga komitmen terhadap kelestarian persekitaran kampus.

Projek ini melibatkan pengumpulan dan pengasingan barangan mengikut kategori yang boleh dikitar semula seperti kertas, plastik, dan logam. Barangan yang dikumpul akan ditebus kepada wang tunai, sekaligus menyokong ekonomi kitar semula. Dalam masa yang sama, sampah-sarap yang tidak boleh dikitar semula turut dikumpulkan dan dilupuskan secara sistematik di lokasi pelupusan yang ditetapkan. Usaha ini membantu memastikan kebersihan kawasan kampus dan mengurangkan pencemaran.

Baca lagi …Gotong-Royong Kelestarian

  • Hits: 295