Skip to main content

Info Lestari@PPKT: Jimatkan air ketika berwuduk.

Assalamualaikum dan Salam Kelestarian & Keceriaan,

wuduk

Berapakah jumlah liter air yang sepatutnya kita gunakan untuk menyempurnakan wuduk?

Adalah Rasulullah saw berwudhuk dengan satu Mud dan mandi dengan satu Sho' hingga lima Mud.
(HR Imam Bukhari : 201 dan Muslim : 325)

*Mud ialah cupak : ukuran untuk 1 cupak : 625 gram = 750 ml.
Sho' ialah gantang : ukurannya bersamaan dengan 4 cupak = 3 liter air.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda SAW bertanya:
"Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?"
Saad bertanya:
"Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?"
Baginda SAW menjawab:
"Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir."
~HR Ahmad~

Baca lagi …Info Lestari@PPKT: Jimatkan air ketika berwuduk.

  • Hits: 405

Info Lestari@PPKT: Jom Kitar Semula!

Assalamualaikum dan Salam Kelestarian & Keceriaan,

recycle

Adakah anda sedar akan kewujudan kotak ini di Pejabat Am?

Kotak ini direka khusus untuk kita semua membudayakan aktiviti kitar semula di PPKT. Buat permulaan, kita mensasarkan objek kertas untuk dikitar semula.

Pastikan anda menemui kotak ini yang ditempatkan bersebelahan dengan mesin fotostat.

TAHNIAH dan terima kasih kerana anda beriltizam mematuhi Garis Panduan Amalan Hijau PPKT. Teruskan amalan murni ini untuk kelestarian alam kita.
 
Dibawakan oleh :
Jawatankuasa Kelestarian & Keceriaan PPKT
PPKT USM Kampus Kejuruteraan

 

  • Hits: 291

Info Lestari@PPKT: What does a screensaver save your screen from?

Assalamualaikum dan Salam Kelestarian & Keceriaan,

screensaver

Seringkali kita membiarkan skrin komputer kita memaparkan grafik dan animasi dari kemudahan "screensaver" yang ada di komputer kita. Namun pernahkah kita terfikir asal usul perkataan "screensaver" ini? Apa yang ingin diselamatkan sebenarnya?

Tahukah anda pada ketika dahulu, kebanyakan komputer menggunakan skrin jenis CRT & Plasma dan "screensaver" merupakan sebuah program yang dicipta bertujuan untuk mencegah berlakunya pembakaran fosfor dari dalam skrin kita. Jika komputer dengan paparan grafik ditinggalkan pada masa yang lama, cahaya akan membakar skrin dan mengakibatkan kerosakan kekal.

Namun dengan kehadiran teknologi baru seperti LCD, "screensaver" sudah tidak releven lagi. Ia lebih kepada tujuan perhiasan dan keselamatan peribadi (skrin dengan katalaluan).

Untuk menjimatkan penggunaan tenaga di pejabat, ketika anda ingin meninggalkan komputer dalam masa yang singkat seperti keluar rehat tengah hari, sila tutup paparan skrin anda dengan menekan suis tenaganya. Tindakan bijak anda ini mampu menjimatkan penggunaan tenaga di USM dan membantu menyelamatkan bumi kita.

TAHNIAH dan terima kasih kerana anda telah pun mematuhi Garis Panduan Amalan Hijau PPKT. Teruskan amalan murni ini untuk kelestarian alam kita.

Dibawakan oleh :
Jawatankuasa Kelestarian & Keceriaan PPKT
PPKT USM Kampus Kejuruteraan

  • Hits: 291

Info Lestari@PPKT: Berapakah suhu

Assalamualaikum & Salam Kelestarian,

remoteAC

Semak suhu yang ditetapkan pada alat kawalan penyaman udara anda, apakah nombor yang dipaparkan?16?... 18?.. 20?

Jika nombor yang tertera adalah dalam lingkungan 24-26 darjah celcius.. TAHNIAH diucapkan kerana anda telah pun mematuhi Garis Panduan Amalan Hijau PPKT.

Teruskan amalan murni ini untuk kelestarian alam kita.

Dibawakan oleh :
Jawatankuasa Kelestarian & Keceriaan PPKT
PPKT USM Kampus Kejuruteraan

  • Hits: 293