Skip to main content

Kempen Kitar Semula - Pakaian & Buku

WhatsApp Image 2025 10 08 at 5.00.14 PM

Program Kitar Semula (baju terpakai dan buku)  Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah melaksanakan Program Kitar Semula pada 20 Februari - 26 Februari 2025 sebagai salah satu inisiatif kelestarian jabatan dalam menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG), khususnya SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab.

Program ini memberi tumpuan kepada pengumpulan pakaian dan buku terpakai daripada semua staf jabatan. Pakaian yang masih dalam keadaan baik disalurkan untuk kegunaan semula, manakala pakaian yang rosak dan buku lama dikumpulkan bagi tujuan kitar semula. Inisiatif ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada warga PPKT yang mengambil peluang untuk mengosongkan almari di rumah sambil menyumbang ke arah pemeliharaan alam sekitar.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja membantu mengurangkan sisa pepejal dan memanjangkan jangka hayat barangan, tetapi juga memupuk kesedaran sivik dan tanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar dalam kalangan warga jabatan. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan secara berterusan sebagai sebahagian daripada komitmen PPKT dalam menyokong aspirasi universiti ke arah kampus hijau dan mampan.

 

  • Hits: 23