Skip to main content

Program Kelestarian (Pengumpulan Buku dan Kotak)

17598981342165 Mac 2025 - Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah melaksanakan Program Kelestarian sebagai salah satu inisiatif menyokong agenda universiti ke arah kelestarian dan pengurusan sumber secara mampan. Program ini memberi tumpuan kepada aktiviti pengumpulan bahan kitar semula melibatkan buku dan kotak terpakai untuk tujuan penjualan kepada pihak kitar semula yang berlesen.

Melalui pelaksanaan program ini, sebanyak 240 kilogram buku terpakai dan 53 kilogram kotak terpakai telah berjaya dikumpulkan. Hasil kutipan ini bukan sahaja menyumbang kepada pengurangan sisa pepejal, malah memperkukuh kesedaran warga jabatan terhadap kepentingan amalan hijau dan pemeliharaan alam sekitar.

Program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pelaksanaan aktiviti kelestarian secara berterusan di peringkat jabatan, serta menyokong usaha universiti dalam mencapai matlamat pembangunan mampan (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

 

  • Hits: 24