Kursus “Mudahnya Design dengan Canva” Galak Kreativiti Digital Pelajar Sekolah
NIBONG TEBAL, 8 Januari 2026 – Pusat Transformasi Digital, Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Kursus “Mudahnya Design dengan Canva” pada 8 Januari 2026 bertempat di Makmal Multimedia, Pusat Transformasi Digital, Kampus Kejuruteraan. Kursus sehari ini disertai oleh 32 orang pelajar sekolah berumur di antara 10 hingga 16 tahun dan telah berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Penganjuran kursus ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada kemahiran asas reka bentuk grafik digital menggunakan platform Canva dalam menyokong proses pembelajaran dan penyampaian maklumat secara visual.
Sepanjang pelaksanaan kursus, para peserta didedahkan kepada penggunaan asas Canva merangkumi pemilihan templat, susun atur reka bentuk, penggunaan warna dan tipografi, serta penghasilan bahan visual seperti poster dan slaid pembentangan. Pendekatan pembelajaran secara praktikal dan interaktif telah membantu meningkatkan kefahaman serta kreativiti peserta dalam menghasilkan reka bentuk digital yang menarik dan berkesan.
Penganjuran kursus ini selari dengan usaha Universiti Sains Malaysia (USM) dalam memperkukuh literasi digital dan memupuk kemahiran kreatif dalam kalangan generasi muda. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan sebagai inisiatif berterusan ke arah menyokong pendidikan abad ke-21 dan pembangunan bakat digital negara.
Teks: Puan Umul Hapsah
Foto: Puan Sharifah Shakila
- Hits: 590

Penganjuran kursus ini selaras dengan usaha USM dalam memperkukuh literasi digital dan menyokong pembangunan bakat teknologi dalam kalangan generasi muda. Program seumpama ini diharap dapat diteruskan bagi menyemai minat awal terhadap teknologi baharu serta mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21.



Cameron Highlands, 6–7 Disember 2025 – Pusat Transformasi Digital (PTD) Kampus Kejuruteraan telah berjaya menganjurkan Makmal Strategik PTD 2026 di Copthorne Hotel, Cameron Highlands. Program ini menghimpunkan seramai 20 orang peserta daripada pelbagai bahagian utama PTD merangkumi Division of Digital Governance (DDG), Division of Digital Services (DDS), Division of Digital Infrastructure (DDI) dan Division of Digital Application (DDA). Pelaksanaan makmal strategik ini bertujuan memastikan penyelarasan hala tuju digital PTD bagi tahun 2026, mengukuhkan integrasi rentas bahagian serta merangka strategi berimpak tinggi bagi menyokong matlamat transformasi digital universiti.
Program diteruskan dengan sesi pembentangan strategi oleh setiap kumpulan yang mempamerkan cadangan komprehensif berdasarkan analisis, keperluan semasa serta matlamat jangka panjang PTD. Rumusan akhir menyatukan idea utama yang akan menjadi asas pelan tindakan PTD bagi tahun 2026, sekaligus memperkukuh komitmen semua bahagian dalam melaksanakan agenda digital universiti secara lebih terancang dan bersepadu.


