Skip to main content

PTD Kampus Kejuruteraan USM Terima Lawatan Kerja Daripada ADTEC Kepala Batas

WhatsApp Image 2025 11 03 at 2.17.56 PM

Nibong Tebal, 3 November 2025 – Pusat Transformasi Digital (PTD), Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada delegasi ADTEC Kepala Batas pada hari ini bermula jam 10.45 pagi hingga 2.00 petang.

Lawatan tersebut diketuai oleh Puan Rohani binti Mat Ibrahim, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), selaku Ketua Delegasi bersama beberapa pegawai ADTEC Kepala Batas. Ketibaan delegasi disambut oleh Encik Mazlifendirizan bin Md Rejab, Timbalan Pengarah PTD Kampus Kejuruteraan dan Jawatankuasa Pengurusan PTD Kampus Kejuruteraan.

Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat pengenalan mengenai Universiti Sains Malaysia (USM) serta perkhidmatan yang disediakan oleh PTD. Taklimat tersebut turut memberi pencerahan mengenai fungsi utama PTD dalam menyokong operasi digital universiti, termasuk aspek infrastruktur ICT, pembangunan aplikasi, sokongan pengguna dan inisiatif transformasi digital.

Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke beberapa bahagian di sekitar PTD, termasuk:

  • Makmal Pengajaran
  • Kaunter Servisdesk
  • Bilik Bahagian Infrastruktur Digital
  • Bilik Bahagian Aplikasi Digital
  • Kedai PTD
  • Bilik Telefonis

Lawatan ini memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan pengalaman dalam bidang pengurusan teknologi maklumat serta perkongsian amalan terbaik dalam penyampaian perkhidmatan ICT kepada warga organisasi masing-masing.

WhatsApp Image 2025 11 03 at 2.18.17 PM

WhatsApp Image 2025 11 03 at 2.18.39 PM

WhatsApp Image 2025 11 03 at 2.18.54 PM

PTD berharap lawatan seumpama ini dapat memupuk hubungan kerjasama yang lebih erat antara institusi pendidikan dan latihan teknikal serta membuka ruang kepada perkongsian pengetahuan dan idea ke arah pembangunan ekosistem digital yang lebih mampan.

Teks & Foto: Bahagian Perkhidmatan Digital

  • Hits: 29