Skip to main content

Majlis Amanat Ketua Pegawai Digital (CDO) USM Perkukuh Hala Tuju Transformasi Digital Universiti

poster CDO talk 2025

Sains@USM, 5 Dis 2025 - Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Sesi Town Hall dan Majlis Amanat Ketua Pegawai Digital (CDO) 2025 pada 5 Disember 2025 bertempat di Auditorium Murad Mohd Noor, Blok C, Sains@USM. Program anjuran Pusat Transformasi Digital (PTD) ini menjadi platform penting bagi menyampaikan hala tuju strategik pendigitalan universiti kepada seluruh warga PTD USM.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, Timbalan Naib Canselor (BJIM), Profesor Dr. Azlan bin Amran, yang turut menyampaikan ucapan alu-aluan dan merasmikan majlis. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan PTD dalam proses transformasi digital yang menjadi pemangkin utama ke arah kelestarian, kecekapan tadbir urus dan kecemerlangan perkhidmatan universiti selaras dengan keperluan semasa dan kehendak global.

Pengisian program dimulakan dengan sesi pendaftaran, ketibaan tetamu jemputan, tayangan montaj, sesi fotografi serta ucapan amanat oleh Profesor Ir. Dr. Nor Ashidi bin Mat Isa, Ketua Pegawai Digital (CDO) USM yang juga merangkap Pengarah Pusat Transformasi Digital. Ucapan beliau menekankan aspek pengukuhan budaya kerja digital, keselamatan siber dan penggunaan teknologi pintar sebagai teras pembangunan USM ke arah kampus pintar.

 cdo talk 2

cdo talk 3

Program turut disusuli dengan sesi soal jawab yang interaktif serta jamuan makan sebelum majlis bersurai, sekali gus mencerminkan komitmen menyeluruh pihak pengurusan dan warga universiti dalam menjayakan agenda transformasi digital.

Teks: Puan Mashithah Hasim

Foto: Puan Nurzalina & Encik Suhairi Salim

  • Hits: 272