Skip to main content

PTD USM Kejuruteraan Diiktiraf Rakan Strategik SMK Labu Besar pada Hari Anugerah Julang Cemerlang

Labu Besar,  Kulim,  16 November 2025 (Ahad)Pusat Transformasi Digital (PTD) Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan telah hadir sebagai rakan strategik di dalam Majlis Hari Anugerah Julang Cemerlang SMK Labu Besar (SMKLB) yang berlangsung dengan penuh meriah.

PTD Kejuruteraan diwakili oleh En. Mazlifendirizan bin Md Rejab dan En. Mohd Jamil bin Kasim sebagai tetamu jemputan bagi mewakili jabatan. Di dalam majlis tersebut, pihak PTD turut menerima Anugerah Sumbangan Bakti yang telah disampaikan oleh Ir. Haji Muhammad Sobri bin Abdul Ghani, Jurutera Perunding Meinhardt Sdn. Bhd. sambil diiringi oleh Tuan Pengetua SMK Labu Besar, Encik Ishak bin Amin. Pengiktirafan ini diberikan sebagai tanda apresiasi atas peranan PTD dalam menyokong sekolah melalui jaringan khidmat bakti serta bantuan dalam elemen transformasi digital. Majlis turut dihadiri oleh ibu bapa, penjaga, wakil PIBG, serta wakil komuniti setempat bagi menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai pihak.

Pada majlis tersebut, pihak sekolah telah meraikan seramai 149 orang pelajar, terdiri daripada murid Pendidikan Khas sehingga Tingkatan 6, atas pencapaian akademik, kokurikulum dan kepimpinan. Turut disampaikan ialah 17 anugerah mata pelajaran bagi guru-guru panitia SPM 2024, 3 Anugerah Kepimpinan, 3 Anugerah Sumbangan Bakti, dan 3 Anugerah Jasamu Dikenang.

smklb HJC3.png

smklb HJC combine

Penglibatan PTD Kampus Kejuruteraan sebagai rakan strategik bukan sahaja menunjukkan komitmen universiti dalam memperkukuh hubungan dengan sekolah dan komuniti setempat, tetapi juga memperlihatkan usaha berterusan dalam menyokong pembangunan pendidikan berasaskan teknologi dan transformasi digital.

Aktiviti jaringan masyarakat yang lalu dengan pihak sekolah klik disini.

Teks: En Mohd Jamil
Foto: Bahagian Aplikasi Digital

  • Hits: 123