Skip to main content

PROGRAM KLINIK AL-QURAN PUSAT TRANSFORMASI DIGITAL (PTD) KEJURUTERAAN

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Klinik Al-Quran anjuran PTD Kejuruteraan yang melibatkan penyertaan staf dalam suasana penuh keberkatan dan ketenangan.
Program dimulakan dengan bacaan 10 ayat awal dan 10 ayat akhir Surah Al-Kahfi oleh staf PTD sebagai amalan yang dianjurkan untuk memperkukuhkan iman dan perlindungan diri.

klk quran2

klk quran1

klk quran3

Sesi diteruskan dengan Klinik Al-Quran yang memberi ruang kepada para peserta untuk memperbaiki dan memperelokkan bacaan Al-Quran. Program diakhiri dengan bacaan doa sebagai penutup majlis.
Semoga program ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dalam usaha memupuk kecintaan terhadap Al-Quran serta memperkukuhkan sahsiah diri dalam kalangan warga PTD.

Teks: Puan Mashithah Hasim
Foto: Puan Mashithah Hasim

  • Hits: 311

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026 | 1447H

image001Semoga Syawal kali ini membawa kegembiraan, ketenangan dan masa yang indah bersama keluarga tersayang.
Hati-hati memandu kepada yang pulang ke kampung, semoga perjalanan dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Syawal ini membawa seribu makna buat kita semua.

 

  • Hits: 304

Gotong-royong Bubur Lambuk Eratkan Ukhuwah Warga PTD

Slide3

10 Mac 2026 – Kelab PTD Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan program Gotong-royong Memasak Bubur Lambuk dan Juadah Berbuka bersempena bulan Ramadan
dengan penyertaan aktif warga PTD.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan staf.
Sepanjang program, peserta bersama-sama menyediakan bubur lambuk dan juadah berbuka dalam suasana yang harmoni dan penuh kemesraan.

Slide1

Slide2

Sebagai menyokong amalan kelestarian selaras dengan agenda Sustainable Development Goals (SDG), staf turut digalakkan untuk membawa bekas makanan sendiri bagi mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.Juadah yang disediakan kemudiannya diagihkan kepada staf untuk berbuka puasa sekali gus menjadikan program ini lebih bermakna dan memberi manfaat kepada semua.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen kelab dalam menerapkan nilai kebersamaan, keprihatinan dan kelestarian dalam kalangan warga kampus.

Teks : Puan Mashithah Hasim
Foto: Kelab PTD ENG

  • Hits: 280

MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN KELAB PPKT KAMPUS KEJURUTERAAN

Nibong Tebal, 5 Februari 2026 – Kelab PPKT, Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan dengan jayanya. Mesyuarat yang telah berlangsung adalah bertujuan untuk membentangkan laporan tahunan kelab, laporan kewangan, pembubaran Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab PPKT sesi 2024/2025 serta melantik barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab PPKT yang baharu bagi sesi 2026/2027.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden Kelab PPKT, Encik Wan Ahmad Sarbini. Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua ahli atas komitmen dan kerjasama sepanjang 2 tahun ini.

Seterusnya, Penasihat Kelab PPKT, En Mazlifendirizan dijemput untuk memberi ucapan. Beliau turut menegaskan kepentingan peranan kelab dalam mengeratkan ukhuwah dan jabatan akan terus menyokong penuh aktiviti kelab yang telah dan bakal diadakan.

Seterusnya, Encik Rahmat selaku setiausaha telah membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan dan tayangan video yang mengimbau semua aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang 2024-2025. Agenda diteruskan dengan pembentangan Laporan Kewangan Kelab oleh Puan Junaidah selaku Bendahari Kelab PPKT. Kedua-dua laporan tersebut telah dibahaskan dan diterima sebulat suara oleh ahli yang hadir.

Mesyuarat kemudian diteruskan dengan pembentangan usul dan dibincangkan serta disokong sebulat suara oleh ahli kelab yang hadir. Antara usul yang diterima Adalah penukaran nama dan logo kelab sejajar dengan perubahan nama PPKT kepada PTD dan perubahan yuran ahli.

Agenda seterusnya adalah pembubaran AJK Kelab Sesi 2024/2025. Proses pemilihan AJK Kelab Sesi 2026/2027 telah berjalan lancar dengan menggunakan kaedah undian atas talian.Tahniah diucapkan kepada barisan AJK Eksekutif yang baharu dan diharap dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.

Selain itu, yuran kehadiran, pemberian cenderahati dan cabutan bertuah turut diadakan untuk memeriahkan perjalanan mesyuarat.

Mesyuarat berakhir dengan suasana muhibah dan semangat kerjasama yang tinggi di kalangan ahli, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kelab terhadap usaha mengeratkan ukhuwah sesama ahli kelab.

agm kelab 2026

agm exco 2026 new

Barisan AJK Eksekutif Kelab PPKT sesi 2026/2027

agm exco 2026 lama

Barisan AJK Eksekutif Kelab PPKT sesi 2024/2025

Teks: Puan Shariza Sharuddin
Foto: Ahli Kelab PPKT

  • Hits: 386

Bicara Santai 1/2026 Pembuka Bicara PTD USM Kampus Kejuruteraan

en mazli bicara santai 1 2026

Nibong Tebal, 16 Jan 2026 - Bicara Santai 1/2026 anjuran Pusat Transformasi Digital (PTD) USM Kampus Kejuruteraan telah berlangsung pada 16 Januari 2026 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat PTD dengan kehadiran warga jabatan dari semua bahagian dan seksyen.

Sesi yang disampaikan oleh Encik Mazlifendirizan bin Md Rejab menekankan beberapa perkara utama:

  • Pencapaian PTD 2025, termasuk peningkatan perkhidmatan digital dan projek pendigitalan kampus.
  • Carta Organisasi Baharu 2026, bagi mengukuhkan struktur dan kecekapan jabatan.
  • Hala Tuju 2026 yang memberi tumpuan kepada pendigitalan universiti, automasi proses dan penggunaan data secara strategik.
  • Kedudukan kewangan PTD, dengan penekanan pada pengurusan sumber secara berhemah.

Bicara Santai kali ini turut diserikan dengan penyampaian hadiah PTDFit sebagai penghargaan kepada staf yang aktif dalam program kesihatan dalaman dan Anugerah Kehadiran Cemerlang oleh Jawatankuasa Pengurusan & Kecemerlangan Bakat untuk mengiktiraf komitmen staf sepanjang tahun.

Bicara Santai 1/2026 ini diharapkan dapat mengukuhkan semangat kebersamaan warga PTD, sekaligus membuka tirai 2026 dengan motivasi dan hala tuju yang lebih jelas.

en mazli bicara santai 2 2026en mazli bicara santai 2 2026

Teks: Bahagian Perkhidmatan Digital

Foto: Bahagian Perkhidmatan Digital

  • Hits: 386