MESYUARAT AGUNG DWI-TAHUNAN KELAB PPKT KAMPUS KEJURUTERAAN
Nibong Tebal, 5 Februari 2026 – Kelab PPKT, Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan dengan jayanya. Mesyuarat yang telah berlangsung adalah bertujuan untuk membentangkan laporan tahunan kelab, laporan kewangan, pembubaran Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab PPKT sesi 2024/2025 serta melantik barisan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Kelab PPKT yang baharu bagi sesi 2026/2027.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Presiden Kelab PPKT, Encik Wan Ahmad Sarbini. Beliau menzahirkan penghargaan kepada semua ahli atas komitmen dan kerjasama sepanjang 2 tahun ini.
Seterusnya, Penasihat Kelab PPKT, En Mazlifendirizan dijemput untuk memberi ucapan. Beliau turut menegaskan kepentingan peranan kelab dalam mengeratkan ukhuwah dan jabatan akan terus menyokong penuh aktiviti kelab yang telah dan bakal diadakan.
Seterusnya, Encik Rahmat selaku setiausaha telah membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan dan tayangan video yang mengimbau semua aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang 2024-2025. Agenda diteruskan dengan pembentangan Laporan Kewangan Kelab oleh Puan Junaidah selaku Bendahari Kelab PPKT. Kedua-dua laporan tersebut telah dibahaskan dan diterima sebulat suara oleh ahli yang hadir.
Mesyuarat kemudian diteruskan dengan pembentangan usul dan dibincangkan serta disokong sebulat suara oleh ahli kelab yang hadir. Antara usul yang diterima Adalah penukaran nama dan logo kelab sejajar dengan perubahan nama PPKT kepada PTD dan perubahan yuran ahli.
Agenda seterusnya adalah pembubaran AJK Kelab Sesi 2024/2025. Proses pemilihan AJK Kelab Sesi 2026/2027 telah berjalan lancar dengan menggunakan kaedah undian atas talian.Tahniah diucapkan kepada barisan AJK Eksekutif yang baharu dan diharap dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan sebaiknya.
Selain itu, yuran kehadiran, pemberian cenderahati dan cabutan bertuah turut diadakan untuk memeriahkan perjalanan mesyuarat.
Mesyuarat berakhir dengan suasana muhibah dan semangat kerjasama yang tinggi di kalangan ahli, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kelab terhadap usaha mengeratkan ukhuwah sesama ahli kelab.


Barisan AJK Eksekutif Kelab PPKT sesi 2026/2027

Barisan AJK Eksekutif Kelab PPKT sesi 2024/2025
Teks: Puan Shariza Sharuddin
Foto: Ahli Kelab PPKT
- Hits: 44