Bicara Santai 1/2026 Pembuka Bicara PTD USM Kampus Kejuruteraan

Nibong Tebal, 16 Jan 2026 - Bicara Santai 1/2026 anjuran Pusat Transformasi Digital (PTD) USM Kampus Kejuruteraan telah berlangsung pada 16 Januari 2026 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat PTD dengan kehadiran warga jabatan dari semua bahagian dan seksyen.
Sesi yang disampaikan oleh Encik Mazlifendirizan bin Md Rejab menekankan beberapa perkara utama:
- Pencapaian PTD 2025, termasuk peningkatan perkhidmatan digital dan projek pendigitalan kampus.
- Carta Organisasi Baharu 2026, bagi mengukuhkan struktur dan kecekapan jabatan.
- Hala Tuju 2026 yang memberi tumpuan kepada pendigitalan universiti, automasi proses dan penggunaan data secara strategik.
- Kedudukan kewangan PTD, dengan penekanan pada pengurusan sumber secara berhemah.
Bicara Santai kali ini turut diserikan dengan penyampaian hadiah PTDFit sebagai penghargaan kepada staf yang aktif dalam program kesihatan dalaman dan Anugerah Kehadiran Cemerlang oleh Jawatankuasa Pengurusan & Kecemerlangan Bakat untuk mengiktiraf komitmen staf sepanjang tahun.
Bicara Santai 1/2026 ini diharapkan dapat mengukuhkan semangat kebersamaan warga PTD, sekaligus membuka tirai 2026 dengan motivasi dan hala tuju yang lebih jelas.


Teks: Bahagian Perkhidmatan Digital
Foto: Bahagian Perkhidmatan Digital
- Hits: 5