Skip to main content

Pusat Transformasi Digital, USM Kampus Kejuruteraan Cemerlang dalam Audit Kelestarian Pejabat Hijau

22 Dis 2025, USM - Pusat Transformasi Digital, Kampus Kejuruteraan telah mencatatkan satu pencapaian yang membanggakan apabila berjaya menerima anugerah 5 daun hasil  pelaksanaan Audit Kelestarian Pejabat Hijau, sejajar dengan aspirasi USM sebagai APEX University yang menekankan kelestarian, kesejahteraan dan pembangunan berimpak tinggi.

Kejayaan ini adalah hasil komitmen dan kerjasama seluruh warga Pusat Transformasi Digital dalam membudayakan amalan kelestarian di pejabat. Pelaksanaan inisiatif Pejabat Hijau telah dilaksanakan secara holistik merangkumi pengurusan tenaga dan air secara cekap, pengurangan penggunaan sumber, pengurusan sisa yang sistematik serta pendigitalan proses kerja bagi menyokong usaha pengurangan jejak karbon.

Selaras dengan kerangka Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG), Pusat Transformasi Digital turut mengintegrasikan elemen kelestarian dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pejabat. Pendekatan ini bukan sahaja menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar malah menyokong kesejahteraan warga kerja serta meningkatkan kecekapan tadbir urus organisasi, seiring dengan agenda kelestarian universiti.

Pusat Transformasi Digital akan terus komited dalam melaksanakan penambahbaikan berterusan dan memperluaskan inisiatif kelestarian, selaras dengan visi USM untuk memacu kelestarian sejagat dan pembangunan universiti yang berdaya tahan demi manfaat masyarakat dan negara.

sijil daun hijau PTd 2025 hijau5daun2025
hijau5daun2025 2

 

 

 

Teks: Encik Sheikh Md Roshahidi Bin Sheikh Daud
Foto: Jurugambar Rasmi Majlis Anugerah

  • Hits: 97