Skip to main content

Produk

U-Channel

U-Channel merupakan suatu kemudahan perkongsian video yang diwujudkan untuk warga kampus berkongsi sumber video bagi tujuan akademik dan penyelidikan. Memandangkan video memerlukan sumber yang tinggi dari segi penggunaan jalur lebar untuk dimuat turun dan dikongsi, perkhidmatan ini mampu mengurangkan penggunaan jalur lebar ke dalam atau dari luar kampus sekiranya ia dikongsi secara dalaman.

Warga USM dibenarkan menggunakan platform ini melalui capaian Campus Online. Fail video boleh dimuat-naik dan dikongsi dengan semua pengunjung U-Channel ini. Video akan disalin dalam pelbagai format seperti HD, biasa dan mudah-alih.

Perkhidmatan ini turut dilengkapi dengan kemudahan undian popular, tag kegemaran, laporan ketidaksesuaian, aplikasi mudah-alih, komen dan sebagainya.

Perkhidmatan ini boleh dilayari di alamat berikut :
http://uchannel.usm.my/

  • Hits: 10

U-Share

U-Share

U-Share (Alfresco) merupakan suatu platform untuk menguruskan pelbagai dokumen yang mana ianya boleh diurus secara individu ataupun berkumpulan. Perkhidmatan ushare dihadkan di kampus kejuruteraan sahaja kerana ianya diintegrasikan akaun emel zimbra.

Berminat menggunakan sistem ini di tempat anda? Untuk maklumat lanjut atau ingin memohon produk ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

 

  • Hits: 10

Planner Online

Planner Online merupakan satu sistem pengurusan masa untuk memudahkan pihak pengurusan dan staf di sesebuah organisasi menguruskan mesyuarat dan aktiviti-aktiviti mereka. Produk ini dapat membantu organisasi membuat perancangan masing-masing dengan mengetahui maklumat berkaitan tarikh dan masa aktiviti ingin dilaksanakan serta maklumat lokasi dan penglibatan staf.

Produk ini dilengkapi dengan ciri-ciri seperti berikut:

  • Mempunyai paparan mengikut harian, mingguan dan bulanan
  • Menyimpan dan memaparkan aktiviti organisasi yang dimasukkan oleh pihak pentadbiran dan staf
  • Meyimpan maklumat lokasi, butiran lanjut dan staf terlibat
  • Jemputan secara e-mel kepada staf di dalam organisasi ketika maklumat dimasukkan
  • Boleh menyimpan maklumat tempahan ruang dan kemudahan serta mampu dihubungkan ke modul Permohonan dalam Sistem ServisDesk.
  • Memaparkan maklumat Cuti Umum, Hari Gaji, Hari Lahir staf, Staf Bertugas Di Luar Kampus, dan Program myCPD
  • Memaparkan senarai staf yang bercuti pada paparan kalendar
  • Dilengkapi dengan sistem hebahan organisasi dan kampus
  • Dilengkapi dengan waktu solat bagi kemudahan umat islam
  • Mempunyai fungsi emel peringatan untuk aktiviti yang dimasukkan
  • Kewujudan peringkat capaian untuk semua, bahagian dan staf terlibat
  • Boleh dijadikan planner individu selain digunakan sebagai planner Jabatan

Produk ini menggunakan capaian Campus Online dan boleh dilayari oleh semua peringkat pengguna.

Berminat menggunakan Planner Online di tempat anda? Untuk maklumat lanjut atau ingin memohon produk ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

  • Hits: 10

Sistem ServisDesk

Sistem ServisDesk merupakan sebuah sistem pengurusan pelanggan. Ia amat bersesuaian digunakan di pusat perkhidmatan ataupun jabatan yang mempunyai Kaunter Khidmat Pelanggan serta menjalankann aktiviti Pengurusan Khidmat Pelanggan.

ServisDesk mempunyai 4 modul utama iaitu :

  • Sistem Pengurusan Aduan – Helpdesk
  • Sistem Pengurusan Permohonan Perkhidmatan – SPO
  • Sistem Pengurusan Aset – SPA
  • Sistem Indeks Prestasi Staf - IPS

Dengan menggunakan ID dan Katalaluan Campus Online, ServisDesk memberi capaian kepada beberapa peringkat pengguna seperti berikut:

  • Pelanggan
  • Operator Kaunter Perkhidmatan
  • Penyelia PTJ
  • Staf PTJ
  • Pengurusan 

Berminat menggunakan Sistem ServisDesk di tempat anda? Untuk maklumat lanjut atau ingin memohon produk ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Hits: 11

SPDoc

Sistem Pengurusan Dokumen (SPDoc) dibangunkan untuk memudahkan pemantauan pergerakan fail dan dokumen dengan lebih bersistematik. Sistem ini juga akan menghantar email makluman kepada staf sekiranya sesuatu dokumen tersebut perlu kepada tindakan. Selain itu, pengurusan pinjaman fail juga disediakan untuk memudahkan pemantauan aktiviti pinjaman fail.

spdocFungsi Dan Ciri

  • Sistem akan merekodkan maklumat fail dan dokumen.
  • Terdapat modul carian data fail dan dokumen untuk memudahkan pengesanan status dan kedudukan fail dan dokumen.
  • Memudahkan makluman kepada staf melalui email.
  • Memudahkan pengurusan aktiviti pinjaman dan pemulangan fail.
  • Pengemaskinian status sesuatu dokumen yang memerlukan tindakan oleh staf.
  • Laporan dan Statistik disediakan untuk memudahkan ketua jabatan menyemak aktiviti pengurusan dokumen dan fail.

Produk ini menggunakan capaian Campus Online dan boleh dilayari oleh semua pengguna di peringkat PTJ setelah didaftarkan.

 
Berminat menggunakan Sistem ServisDesk di tempat anda? Untuk maklumat lanjut atau ingin memohon produk ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Hits: 12

More Articles …