Sistem Alumni USM
Sistem Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) dibangunkan untuk memudahkan proses mengemaskini maklumat alumni. Proses ini bertujuan untuk memastikan bahawa maklumat dan profil sentiasa terkini, aktif dan mudah dicapai. Para alumni perlu mendaftar terlebih dahulu dan akan dibenarkan untuk mengemaskini profil masing-masing. Selain itu, sistem ini juga bertujuan untuk memaparkan pengumuman dan program aktiviti yang diatur oleh Alumni, Career and Graduate Employability (ACE).
Fungsi dan Ciri
- Alumni USM perlu mendaftar untuk mengunakan sistem.
- Pendaftaran menggunakan email semasa.
- Peringkat pengguna akan dipaparkan modul Dashboard, Profil Update dan Change Password.
- Modul Dashboard terdiri daripada maklumat tahun graduan, pusat pengajian, kampus dan program yang diambil semasa belajar di USM.
- Modul Profil Update pula terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat untuk dihubungi dan maklumat pekerjaan.
- Modul Change Password untuk menukar kata laluan sistem.
- Peringkat admin pula akan dapat melihat modul Dashboard, Carian, Big Shot, Laporan dan Statistik serta Daftar Admin.
- Modul Dashboard akan memaparkan peratusan graduan aktif dan tidak aktif dan Statistik Sektor Pekerjaan.
- Modul Carian akan membenarkan admin untuk membuat carian pantas menggunakan nama atau nombor kad pengenalan alumni USM.
- Modul Bigshot digunakan untuk merekodkan status penganugerahan dan gelaran terkini atas pelbagai sumbangan atau jasa di pelbagai peringkat.
- Modul Laporan dan Statistik disediakan untuk memudahkan admin melihat alumni aktif, pra aktif, tahun konvo dan staf alumni USM yang aktif dan belum aktif (belum daftar dengan sistem).
- Modul Daftar Admin digunakan untuk mendaftar admin sistem yang baru.
Sistem boleh dicapai dengan melayari http://welead.usm.my
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi pihak ACE melalui kaedah berikut:
• Talian 04-6534793 ATAU
• Sistem Alumni di alamat http://welead.usm.my , ATAU
• Emel
• Datang ACE di alamat Pusat Perhubungan Alumni, Kerjaya & Kebolehpasaran Graduan, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang.
- Hits: 10