Skip to main content

Produk

Sistem Epilih

sistem epilihEpilih (Sistem pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar)

Sistem epilih dibangunkan oleh PPKT adalah bertujuan membantu pihak universiti menjalankan proses pemilihan Majlis Pewakilan pelajar (MPP) secara cepat dan mudah. Sistem ini hanya digunakan oleh pelajar-pelajar universiti yang mendaftar sebagai pengundi dan fungsi utama adalah memudahkan kiraan undian elektronik secara tepat dan pantas. Malahan sistem ini diintegrasikan dengan sistem epemilih untuk mengetahui senarai pengundi yang sah mendaftar. Selain itu, sistem ini menggunakan mekanisme yang berkonsepkan "annonymous" (rekod pengundi tidak diketahui) dan ianya hanya boleh menghubungkan rangkaian kawasan setempat (LAN) sahaja. Tambahan sistem ini diperkukuhkan lagi dengan penambahan ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan pengodaman berlaku.

Fungsi:
Pengundian calon pelajar, pengiraan jumlah undi dan pengisytiharkan secara automatik.

Untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui kaedah berikut:

 

  • Hits: 24

Sistem Selfuploadphoto

sistem selfuploadSistem selfuploadphoto (usmsmart.usm.my) dibangunkan bertujuan memudahkan para pelajar baharu memuatnaik sendiri gambar berukuran kad pengenalan ke dalam sistem untuk pengesahan dan proses cetakan kad pintar serta sebagai identiti rasmi campusonline. Selain itu, sistem ini juga dapat membantu pihak universiti mempercepatkan proses cetakan awal kad pintar untuk diserahkan setibanya mereka mendaftar diri sebagai pelajar USM yang baharu.

Dengan menggunakan pendekatan sistem ini, Unit Kad Pintar PPKT dapat menjimatkan kos penyelenggaraan kamera dan peralatan yang terlibat. Pada masa yang sama, Unit tersebut juga dapat menjimatkan masa mengambil gambar bagi pelajar-pelajar baharu yang tidak sempat memuatnaik dan tidak mematuhi syarat apabila sistem ini dibuka.

Keistimewaan sistem ini adalah membenarkan gambar boleh disunting, mengesan rupa wajah, dan mengecilkan gambar secara automatik apabila dimuatnaik.

Fungsi dan ciri:
1. Modul memuatnaik gambar sendiri untuk pelajar baru.
2. Modul pengesahan digunakan untuk mengesahkan bahawa gambar yang dimuatnaikan mengikut syarat yang ditetapkan.
3. Modul cetakan bertujuan menyenaraikan gambar yang memenuhi syarat dan mengikut template dan format printer yang dibenarkan.

Untuk maklumat lanjut hubungi kami melalui kaedah berikut:

 

  • Hits: 15

Sistem EZConf

sistem ezconfEZCONF : CONFERENCE MANAGEMENT SYSTEM

Perkembangan dunia penyelidikan dan pendidikan telah menjadikan konsep persidangan sebagai salah satu platform perkongsian maklumat. Persidangan merupakan satu platform bagi mengumpulkan para ahli akademik, jurutera, golongan profesional, dan pelajar yang diadakan untuk menjalani proses pertukaran idea, maklumat mengenai penyelidikan dan penemuan untuk kepentingan komuniti.

Namun begitu, tanpa aspek pengurusan yang efektif akan menyebabkan suatu persidangan itu tidak menghasilkan kejayaan yang jitu. Sistem EZConf ini dibangunkan untuk membantu pihak pengurusan persidangan menguruskan aktiviti persidangan dengan cekap. EZConf adalah satu platform sistem pengurusan persidangan yang komprehensif.

Antara fasa-fasa yang terlibat dalam proses suatu persidangan ialah panggilan kertas kerja, penghantaran abstrak, pemberitahuan penerimaan, penghantaran kertas kerja penuh, pembayaran dan pendaftaran. Inisiatif telah diambil bagi menterjemahkan proses ini kepada satu sistem selain dapat menguruskan persidangan secara elektronik. Pembangunan modul-modul ini telah melalui beberapa versi bagi menghasilkan satu wadah inovatif penyelesaian pengurusan persidangan secara atas talian.

Pembangunan modul bagi sistem ini adalah hasil kajian dan analisa terhadap sistem sedia ada yang wujud di Internet dan telah ditambahbaik dengan elemen mesra pengguna, secara atas talian dan paparan laporan di dalam masa nyata.

Antara ciri-ciri sistem EZConf versi terkini ini adalah:
1. Satu integrasi sistem yang boleh mengurus lebih daripada satu persidangan di dalam satu tempoh masa.
2. Satu profil pengguna boleh digunakan untuk semua persidangan yang berdaftar di dalam sistem EZConf.
3. Pengguna hanya perlu login satu sahaja sistem untuk mengurus lebih daripada satu persidangan yang disertai.
4. Pengguna boleh hantar abstrak lebih daripada satu persidangan.

Berminat menggunakan sistem ini di tempat anda? Untuk maklumat lanjut atau ingin memohon produk ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

 

  • Hits: 16

Perkhidmatan Forum

Perkhidmatan Forum

Perkhidmatan ini disediakan untuk menggalakkan interaksi yang sihat dalam kalangan warga kampus. Warga kampus boleh berbincang dan menyatakan komen serta pandangan bagi setiap topik yang dihantar ke forum ini. Selain daripada maklumat dari pihak pengurusan seperti arahan & pengumuman, semua staf boleh berdiskusi di dalam kategori-kategori yang disenaraikan seperti berikut :

  • Komputer & Internet
  • Keselamatan ICT
  • Webmaster
  • Perisian Sumber Terbuka
  • Bisnes & Kerjaya
  • Ehwal Semasa
  • Laman Nurani
  • Info Kesihatan
  • Petua-Petua Berguna
  • Jenaka
  • Komen, Cadangan & Tips

Perkhidmatan Forum PTJ juga turut disediakan sekiranya mana-mana PTJ ingin mewujudkan kumpulan forum masing-masing.

Perkhidmatan ini boleh dilayari di alamat berikut : http://forum.eng.usm.my

  • Hits: 17

Indeks Prestasi Staf

  • IPS merupakan sebuah sistem pengurusan prestasi sesebuah jabatan/organisasi.
  • Ia dibangunkan dengan menggunakan kerangka Balance Score Card.
  • Berasaskan web dan mesra pengguna.
  • Menggunakan Nama Pengguna dan Katalaluan Campus Online.
  • Setiap inisiatif Jabatan diprofilkan dengan pemberat dan KPI serta sasaran untuk memudahkan proses pemantauan.
  • Antara modul yang terdapat di dalam sistem ini adalah:
  • Pendaftaran Profil Inisiatif
  • Paparan jadual masa inisiatif
  • Paparan prestasi semasa Jabatan mengikut Unit/Bahagian
  • Paparan prestasi individu
  • Kemasukan kemajuan oleh pengurus projek
  • Paparan grafik Peta Strategik
  • Integrasi dengan sistem ServisDesk untuk mengetahui skor pengurusan aduan/permohonan.

Produk ini boleh dilayari di alamat berikut : https://bsc.usm.my/

Berminat menggunakan sistem ini di tempat anda? Untuk maklumat lanjut atau ingin memohon produk ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

 

 

  • Hits: 18