SPDoc
Sistem Pengurusan Dokumen (SPDoc) dibangunkan untuk memudahkan pemantauan pergerakan fail dan dokumen dengan lebih bersistematik. Sistem ini juga akan menghantar email makluman kepada staf sekiranya sesuatu dokumen tersebut perlu kepada tindakan. Selain itu, pengurusan pinjaman fail juga disediakan untuk memudahkan pemantauan aktiviti pinjaman fail.
Fungsi Dan Ciri
- Sistem akan merekodkan maklumat fail dan dokumen.
- Terdapat modul carian data fail dan dokumen untuk memudahkan pengesanan status dan kedudukan fail dan dokumen.
- Memudahkan makluman kepada staf melalui email.
- Memudahkan pengurusan aktiviti pinjaman dan pemulangan fail.
- Pengemaskinian status sesuatu dokumen yang memerlukan tindakan oleh staf.
- Laporan dan Statistik disediakan untuk memudahkan ketua jabatan menyemak aktiviti pengurusan dokumen dan fail.
Produk ini menggunakan capaian Campus Online dan boleh dilayari oleh semua pengguna di peringkat PTJ setelah didaftarkan.
Berminat menggunakan Sistem ServisDesk di tempat anda? Untuk maklumat lanjut atau ingin memohon produk ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:
- Hits: 11