Skip to main content

Techtalk

Pusat Transformasi Digital Kampus Kejurutereaan Tuanku Syed Sirajuddin (TSS) Anjur Program Technology Update (Techtalk@PTD-ENg) Siri 2/2026

NIBONG TEBAL, 24 September 2026 – Pusat Transformasi Digital (PTD) Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini telah berjaya menganjurkan Program Technology Update Siri 2/2026 yang berlangsung di Studio Telesidang PTD.

Program yang berteraskan tema “Transformasi Digital Untuk Semua” ini bertujuan memberikan pendedahan berkenaan perkembangan teknologi terkini serta menyokong usaha transformasi digital secara mampan di peringkat universiti. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah PTD Kampus Kejuruteraan, En. Mazlifendirizan Bin Md Rejab, barisan urusetia dan semua staf PTD.

Siri kali ini menampilkan tiga sesi perkongsian utama yang disampaikan oleh penceramah yang terdiri dari staf PTD sendiri:

  1. EV Reality Check: Perspektif Pengguna – Disampaikan oleh Encik Khairi bin Osman yang mengupas analisis realistik berkenaan ekosistem, ketersediaan serta cabaran pemilikan Kenderaan Elektrik (EV) dari sudut pandang pengguna sedia ada.
  2. Claude Code AI: Automate App Development – Disampaikan oleh Encik Wahab bin Zakaria yang mengupas penggunaan kecerdasan buatan (AI) sebagai rakan pembangun perisian untuk mengautomasikan tugasan pembangunan aplikasi yang kompleks secara efisien.
  3. Transformasi Keselamatan Kampus Melalui Teknologi ANPR – Disampaikan oleh En. Wan Ahmad Sarbini bin Wan Mohd Ali. Sesi ini membincangkan pengurusan keselamatan fizikal Kampus Pintar (Smart Campus) melalui teknologi Automatic Number Plate Recognition (ANPR) bagi meningkatkan kawalan akses kenderaan dan pemantauan trafik di Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan TSS.

Pihak PTD berharap agar maklumat dan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada program ini dapat memberi manfaat dan menambah pengetehuan terkini dalam dunia digital kepada para peserta dalam menyokong kecekapan kerja serta memperkasakan agenda transformasi digital universiti.

Teks: Puan Junaidah Jaapar
Foto: Puan Junaidah Jaapar

  • Hits: 76

TechTalk @PTD-ENG : TECHNOLOGY UPDATE & SUSTAINABLE DIGITAL TRANSFORMATION

techtalk April 2026

NIBONG TEBAL, 17 April 2026 – Pusat Transformasi Digital (PTD), Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin telah menganjurkan satu sesi TechTalk @PTD-ENG bertajuk “Technology Update & Sustainable Digital Transformation”, secara fizikal dan dalam talian pada 17 April 2026, bermula jam 9.00 pagi.

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada staf mengenai perkembangan teknologi terkini dalam bidang ICT serta menyokong usaha pelaksanaan transformasi digital secara mampan di peringkat universiti. Program ini dilihat selaras dengan usaha memperkukuh kompetensi staf dalam penggunaan teknologi digital demi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.

techtalk raya 2026

Program ini menampilkan tiga sesi ceramah menarik yang disampaikan oleh tiga orang staf dari PTD. Sesi pertama dimulakan dengan perkongsian oleh Puan Mashithah Hasim yang membawakan tajuk “Gemini AI untuk Staf USM”. Beliau menyentuh berkaitan langganan lesen Gemini AI PRO di bawah pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) iaitu Google Workspace for Education (GWFE) yang dibangunkan oleh Google. GWFE merupakan platform berasaskan awan yang menyediakan pelbagai aplikasi kolaboratif seperti Google Classroom, Google Meet, Google Docs, Google Sheets dan Google Drive. Platform ini membolehkan perkongsian bahan, pengurusan tugasan, komunikasi serta kolaborasi masa nyata antara pensyarah dan pelajar dengan lebih sistematik dan selamat. Semua pengguna yang layak diharapkan untuk kekal aktif menggunakan lesen Gemini AI Pro ini dengan membuat prompt minima 4 kali sebulan melalui Gemini di dalam aplikasi Google Docs, Google Sheets atau Google Slides untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh KPT.
Seterusnya, Encik Hishamuddin Bin Endan berkongsi berkenaan aplikasi yang dibangunkan oleh Google juga iaitu “Pengenalan kepada NotebookLM”. Aplikasi yang berasaskan AI ini, membantu pengguna mengurus dan memahami maklumat dengan lebih cekap. Melalui NotebookLM, pengguna boleh memuat naik dokumen seperti PDF atau nota, seterusnya mendapatkan ringkasan secara automatik, bertanya soalan dan menjana idea berdasarkan kandungan tersebut. Secara ringkasnya, ia bertindak sebagai pembantu peribadi pintar yang mampu meningkatkan produktiviti serta menyokong amalan kerja digital tanpa kertas.

Perkongsian terakhir disampaikan oleh Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab, menerusi tajuk “DECEPTION: The Art of Digital Scams : Seni Tipu Daya dalam Dunia Digital”. Perkongsian berkenaan tajuk ini memberi pendedahan tentang taktik dan teknik yang digunakan oleh penjenayah siber dalam memperdaya mangsa, termasuk penipuan melalui emel, mesej dan platform dalam talian. Pengguna dinasihatkan agar menyedari apa yang dilakukan oleh scammer agar lebih berwaspada dengan taktik yang digunakan. Perkongsian ini amat penting bagi meningkatkan kesedaran serta membantu kita semua lebih berwaspada dan bijak dalam melindungi data serta maklumat peribadi.

Penganjuran TechTalk@PTD-ENG ini diharapkan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada semua yang hadir dan dapat meningkatkan kecekapan kerja serta menyokong transformasi digital di USM.

Disediakan oleh:
Pn. Junaidah Binti Jaapar
Bahagian Aplikasi Digital
Pusat Transformasi Digital
Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin

  • Hits: 463

TechTalk Siri 2 / 2025: Perkongsian Teknologi Anjuran Pusat Transformasi Digital (PTD) USM Kampus Kejuruteraan

techtalk2 2025 02NIBONG TEBAL, 2 OKT 2025 (KHAMIS) – Pusat Transformasi Digital, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan TechTalk Siri 2/2025: Perkongsian Teknologi bertempat di Studio Telesidang, Pusat Transformasi Digital. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan menawarkan sebanyak 3 mata CPD ICT kepada para peserta.

Sesi perkongsian ini menghimpunkan tiga orang penceramah jemputan dengan topik yang pelbagai, merangkumi aspek teknologi semasa, kecerdasan buatan serta perisian sumber terbuka:

  • Encik Mazlifendirizan Md. Rejab
    “Artificial Intelligence for Environmental, Social and Governance”
  • Encik Mohamad Khairi Bin Osman
    "Click, Connect, Collaborate”: with Cisco Roombar & Maxhub Solution”
  • Encik Mohamed Amir Husaini bin Abdul Hamid
    “GIMP Pun Boleh, Free Je”

Penganjuran siri kedua TechTalk pada tahun 2025 ini selari dengan usaha USM untuk menyemarakkan budaya perkongsian ilmu dan inovasi digital dalam kalangan warga kampus. Program ini turut memberi ruang kepada peserta untuk memahami perkembangan terkini dalam bidang teknologi di samping memanfaatkan teknologi pintar serta aplikasi percuma bagi meningkatkan produktiviti kerja harian.

 

Pusat Transformasi Digital USM Kampus Kejuruteraan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan sebagai medium memperkasa pengetahuan digital dan inovasi teknologi di universiti.

techtalk2 2025 03techtalk2 2025 04techtalk2 2025 05

Teks & Foto: Puan Jamaliah

  • Hits: 551

TechTalk Insight@PPKT 1/2025: Teknologi Makmal Hiflex & Cybersecurity Landscape

techtalk01 2025Nibong Tebal, 18 April 2025 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah menganjurkan TechTalk Insight@PPKT 1/2025 dengan tema “Teknologi Makmal Hiflex & Cybersecurity Landscape” secara hibrid, menggabungkan kehadiran bersemuka dan atas talian bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari yang melibatkan staf USM dari PPKT Pulau Pinang, IPPT, PPKT Kampus Kejuruteraan, PPKT Kampus Kesihatan dan wakil dari PTJ dari Kampus Kejuruteraan.

Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan perkembangan terkini dalam teknologi makmal digital serta meningkatkan kesedaran terhadap isu keselamatan siber dalam persekitaran pembelajaran dan kerja berasaskan teknologi.

Perkongsian pertama disampaikan oleh Ms. Chui Ling dan Mr. Leong dari E-One Technology, yang menekankan kepentingan pelaksanaan Makmal Hiflex (Hybrid Flexible Laboratory) sebagai penyelesaian moden dalam pendidikan tinggi.

Baca lagi …TechTalk Insight@PPKT 1/2025: Teknologi Makmal Hiflex & Cybersecurity Landscape

  • Hits: 604

TechTalk @PPKT-ENG: Pemodenan Digital, Krisis Storan 365, Bersediakah Anda?

techtalk02 2024NIBONG TEBAL, 24 Julai 2024 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan satu sesi TechTalk @PPKT-ENG bertajuk “Pemodenan Digital, Krisis Storan 365, Bersediakah Anda?” secara dalam talian pada 24 Julai 2024, bermula jam 9.30 pagi.

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga kampus tentang isu pemodenan teknologi digital serta cabaran pengurusan storan data menggunakan platform Microsoft 365.

Sesi dimulakan dengan perkongsian oleh En. Ahmad Salwan Abdul Wahab yang membawakan tajuk “AI Sebagai Rakan Sinergi Pembelajaran Virtual – Suatu Perkongsian Pengalaman.” Beliau menyentuh bagaimana kecerdasan buatan (AI) boleh menjadi alat bantu yang berkesan dalam mempertingkatkan pembelajaran maya serta produktiviti kerja seharian.

Baca lagi …TechTalk @PPKT-ENG: Pemodenan Digital, Krisis Storan 365, Bersediakah Anda?

  • Hits: 527