Skip to main content

Home

TechTalk @PPKT-ENG: Pemodenan Digital, Krisis Storan 365, Bersediakah Anda?

techtalk02 2024NIBONG TEBAL, 24 Julai 2024 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan satu sesi TechTalk @PPKT-ENG bertajuk “Pemodenan Digital, Krisis Storan 365, Bersediakah Anda?” secara dalam talian pada 24 Julai 2024, bermula jam 9.30 pagi.

Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada warga kampus tentang isu pemodenan teknologi digital serta cabaran pengurusan storan data menggunakan platform Microsoft 365.

Sesi dimulakan dengan perkongsian oleh En. Ahmad Salwan Abdul Wahab yang membawakan tajuk “AI Sebagai Rakan Sinergi Pembelajaran Virtual – Suatu Perkongsian Pengalaman.” Beliau menyentuh bagaimana kecerdasan buatan (AI) boleh menjadi alat bantu yang berkesan dalam mempertingkatkan pembelajaran maya serta produktiviti kerja seharian.

Seterusnya, Ts. Dr. Zainab Ajab Mohideen berkongsi pandangan melalui tajuk “Kepentingan AI Dalam Kehidupan: Adakah Ia Satu Set Arahan Untuk Fleksibiliti Kehidupan?” yang menekankan keseimbangan antara penggunaan AI dan keperluan manusia dalam menjalani kehidupan moden yang semakin bergantung kepada automasi.

Perkongsian terakhir disampaikan oleh Pn. Zaiyana Mohamed Hussain menerusi tajuk “Krisis Storan 365, Bersediakah Anda?” yang memberi tumpuan kepada cabaran pengurusan storan awan, kapasiti data dan langkah kesiapsiagaan pengguna dalam memastikan keselamatan serta kelestarian maklumat organisasi.

Penganjuran TechTalk ini diharap dapat meningkatkan kesedaran serta kefahaman warga kampus terhadap kepentingan pengurusan digital yang berkesan seiring dengan kemajuan teknologi masa kini.

  • Hits: 49