Skip to main content

Perkhidmatan

E-Pembelajaran

E-pembelajaran merupakan pusat sehenti dalam bentuk portal untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Ia dibangunkan dengan menggunakan platform sumber terbuka iaitu Moodle. Tujuan utama aplikasi ini adalah untuk menyokong dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dengan penggunaan portal ini, pelajar dan pengajar boleh berinteraksi sesama sendiri pada bila-bila masa melalui ciri-ciri multimedia yang disediakan dan ini menjadikan aktiviti P&P bertambah menarik.

Portal e-pembelajaran ini, https://elearning.usm.my/ terbuka kepada semua staf akademik dan pelajar yang berkhidmat/belajar di USM di ketiga-tiga kampus. Ia menggunakan akaun CampusOnline sebagai pengesahan capaian. Untuk mendapatkan akaun Campus Online, pengguna perlu mendaftar di portal https://campusonline.usm.my/, klik pada pautan “Don't have an account?”. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun CampusOnline tetapi terlupa nama pengguna dan katalaluan, anda boleh melayari portal tersebut dan klik pada pautan “Forgot your p.a.s.s.w.o.r.d.? ”.

Bagi pelajar, senarai subjek yang terdapat dalam portal tersebut adalah berpandukan senarai subjek yang telah didaftarkan oleh pelajar setiap kali semester baru bermula. Untuk senarai lengkap subjek yang didaftarkan, pelajar boleh menyemak di portal CampusOnline.

Bagi staf akademik pula, senarai subjek yang diajar yang terkandung dalam portal e-pembelajaran ini adalah bergantung kepada senarai yang dihantar oleh pihak pusat pengajian kepada Encik Mohd Jalaludin Bin Azizan, Unit Rekod Pelajar, Bahagian Pengurusan Akademik sebelum semester bermula. Sebarang pembetulan, perlu diadukan terus emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


e pembelajaran 32280475

 

 

 

Untuk sebarang masalah, hubungi kami melalui kaedah berikut:

 

 

 

 

  • Hits: 9023

Latihan ICT

Latihan ICT merupakan satu program pembelajaran ICT dan hanya terbuka kepada staf USM. Latihan ini dikendalikan oleh para pengajar yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. Setiap peserta kursus akan diberi mata CPD mengikut jam menghadiri kursus.

kursus generic 27133794

 


Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini boleh didapati dengan menghubungi kami melalui kaedah berikut:

  • Hits: 9589

SPMM - Sistem Pengurusan Minit Mesyuarat

spmm

 

Sistem Pengurusan Minit Mesyuarat (SPMM) dibangunkan untuk memudahkan setiausaha dalam menyediakan minit mesyuarat dengan segera. Sistem ini juga membantu pengerusi memantau staf dalam melakukan tindakan ke atas minit berkenaan dan juga membantu ahli mesyuarat dalam mengambil tindakan terhadap perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat.


Produk ini dilengkapi dengan ciri-ciri :
•    Setiausaha dapat merekodkan minit mesyuarat secara online dan serta merta
•    Senarai kehadiran dapat dikenalpasti sebelum minit ditulis
•    Tindakan terhadap minit dapat ditetapkan kepada senarai ahli mesyuarat yang hadir
•    Staf yang mempunyai tindakan akan mendapat e-mail makluman dan dapat memantau tugasan/ tindakan  serta mengemaskini tindakan melalui sistem ini
•    Staf akan mendapat peringatan untuk kemaskini tindakan yang telah dilakukan oleh Setiausaha.
•    Statistik bilangan mesyuarat, bilangan tindakan dan kehadiran dapat diketahui
•    Pencarian minit mesyuarat dapat dilakukan dengan pantas dengan hanya memasukan katakunci yang diingini
•    Minit mesyuarat boleh di ‘generate’ sebagai PDF untuk simpanan ahli jika perlu.
 
Produk ini menggunakan capaian Campus Online dan boleh dilayari oleh semua pengguna di peringkat PTJ.

Berminat menggunakan sistem ini di tempat anda? Untuk maklumat lanjut atau ingin memohon produk ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

  • Hits: 17

Telesidang

Conferencing

PPKT menyediakan perkhidmatan telesidang untuk kegunaan warga kampus yang ingin mengadakan sidang video. Ia merupakan salah satu inisiatif pengurangan kos serta penggunaan teknologi dalam memudahkan segala urusan yang melibatkan perbincangan serta mesyuarat jarak jauh, bersesuaian dengan USM yang mempunyai tiga cawangan.

Terdapat 8 unit telesidang telah ditempatkan di USM Kejuruteraan iaitu di Bilik Mesyuarat PPKT, Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar, Bilik Mesyuarat Bendahari, Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah, Bilik Mesyuarat BHEPA, Studio Telesidang, set mudahalih untuk majlis-majlis tertentu dan set Personal Pengarah Kampus. Terdapat 2 lagi unit mudah alih untuk kegunaan majlis-majlis tertentu seperti Majlis Konvokesyen yang diadakan di Kampus Kejuruteraan.

PPKT juga memperkenalkan penggunaan web conference Cisco WEBEX bagi memudahkan pengguna dalam mengadakan mesyuarat, perbincangan, latihan dan majlis secara atas talian tanpa menggunakan set telesidang. Perkhidmatan ini mendapat permintaan bermula musim PKP tempohari dan telah menjadi budaya pengguna USM kini. Gabungan antara sistem web conference dan set telesidang juga digunakan untuk mengadakan majlis-majlis tertentu universiti. Antara perkhidmatan yang ditawarkan merupakan permohonan akaun Webex, permohonan kemudahan siding video dan permohonan penggunaan peralatan sidang video. Pengguna boleh membuat permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

[ Garis panduan dan peraturan penggunaan kemudahan sidang video ]

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

  • Hits: 8177

Telefon

PPKT menyediakan perkhidmatan telefonis bagi memudahkan komunikasi antara  pengguna. Menggunakan sistem PABX(Private Automatic Branch Exchange) MX-One untuk menghubungkan pengguna antara kampus melalui VoIP serta pengguna luar melalui sambungan talian Telekom Malaysia (TM).  

PPKT juga menyediakan perkhidmatan mel suara untuk pengguna tertentu sahaja serta teknologi-teknologi terkini seperti IP phone dan soft phone. USM juga merancang menuju ke arah penggunaan Unified Communication (UC) dalam mengikuti perkembangan teknologi yang kian berkembang pesat dalam bidang telekomunikasi ini.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah permohonan nod telefon serta direktori telefon atas talian.

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

  • Hits: 7769