Produk Aplikasi
PPKT melalui Bahagian Aplikasi, Web & Multimedia telah mengambil inisiatif untuk membangunkan sistem aplikasi bagi membantu pihak pengurusan dan pentadbiran di USM. Antara produk yang dibangunkan adalah :
Sistem ServisDesk![]() |
Sistem EZConf ini dibangunkan untuk membantu pihak pengurusan persidangan menguruskan aktiviti persidangan dengan cekap. EZConf adalah satu platform sistem pengurusan persidangan yang komprehensif.
|
Planner Online![]() |
Planner Online merupakan satu sistem pengurusan masa untuk memudahkan pihak pengurusan dan staf di sesebuah organisasi menguruskan mesyuarat dan aktiviti-aktiviti mereka. Produk ini dapat membantu organisasi membuat perancangan masing-masing dengan mengetahui maklumat berkaitan tarikh dan masa aktiviti ingin dilaksanakan serta maklumat lokasi dan penglibatan staf. |
IPS - Indeks Prestasi Staf![]() |
IPS merupakan sebuah sistem pengurusan prestasi sesebuah jabatan/organisasi. Ia dibangunkan dengan menggunakan kerangka Balance Score Card. |
SPMM - Sistem Pengurusan Minit Mesyuarat ![]() |
Sistem Pengurusan Minit Mesyuarat (SPMM) dibangunkan untuk memudahkan setiausaha dalam menyediakan minit mesyuarat dengan segera. Sistem ini juga membantu pengerusi memantau staf dalam melakukan tindakan ke atas minit berkenaan dan juga membantu ahli mesyuarat dalam mengambil tindakan terhadap perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat. |
Sistem Laporan Budaya Kerja Cemerlang |
Sistem laporan budaya kerja cemerlang (BKC) dibangunkan secara dalaman oleh Bahagian Aplikasi PPKT Kampus Kejuruteraan dan telah mula digunakan di PPKT Kampus Kejuruteraan bermula Mac 2013. Sistem ini digunakan oleh Jawatankuasa Disiplin PPKT dalam memantau kehadiran, cuti kecemasan dan cuti sakit staf untuk memastikan penerapan budaya kerja yang cemerlang dapat dilaksanakan. |
Sistem Hebahan Elektronik![]() |
Sistem hebahan elektronik secara atas talian (online), pentadbir boleh memasukkan pengumuman dalam bentuk text, gambar atau video. Paparan akan ditukar secara automatik sebaik sahaja pengumuman dikemaskini atau ditambah. |
SDnet![]() |
SDnet merupakan sebuah sistem laporan yang digunakan oleh Jabatan Keselamatan USM untuk merekodkan segala aduan dibuat oleh pengguna. Selain itu, sistem ini dijadikan pengurusan kes-kes kemalangan dalam kampus yang melibatkan warga USM atau pelawat mudah diurusakan oleh Jabatan Keselamatan. |
iSolat![]() |
Sebuah aplikasi informasi waktu solat khusus untuk telefon pintar jenis Android, ianya dapat memaparkan waktu solat bagi seluruh bandar-bandar utama di Malaysia disamping dapat mengingatkan anda apabila tiba masuk waktu solat. |
SPDoc![]() |
Sistem Pengurusan Dokumen (SPDoc) dibangunkan untuk memudahkan pemantauan pergerakan fail dan dokumen dengan lebih bersistematik. Sistem ini juga akan menghantar email makluman kepada staf sekiranya sesuatu dokumen tersebut perlu kepada tindakan. Selain itu, pengurusan pinjaman fail juga disediakan untuk memudahkan pemantauan aktiviti pinjaman fail. |
Sistem Alumni USM![]() |
Sistem Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) dibangunkan untuk memudahkan proses mengemaskini maklumat alumni. Proses ini bertujuan untuk memastikan bahawa maklumat dan profil sentiasa terkini, aktif dan mudah dicapai. Para alumni perlu mendaftar terlebih dahulu dan akan dibenarkan untuk mengemaskini profil masing-masing. Selain itu, sistem ini juga bertujuan untuk memaparkan pengumuman dan program aktiviti yang diatur oleh Alumni, Career and Graduate Employability (ACE). |
Sistem EZConf![]() |
Sistem EZConf ini dibangunkan untuk membantu pihak pengurusan persidangan menguruskan aktiviti persidangan dengan cekap. EZConf adalah satu platform sistem pengurusan persidangan yang komprehensif. |
Sistem Epilih![]() |
Epilih (Sistem pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar) dibangunkan oleh PPKT adalah bertujuan membantu pihak universiti menjalankan proses pemilihan Majlis Pewakilan pelajar (MPP) secara cepat dan mudah. |
Sistem Selfuploadphoto![]() |
Sistem selfuploadphoto (usmsmart.usm.my) dibangunkan bertujuan memudahkan para pelajar baharu memuatnaik sendiri gambar berukuran kad pengenalan ke dalam sistem untuk pengesahan dan proses cetakan kad pintar serta sebagai identiti rasmi campusonline. Selain itu, sistem ini juga dapat membantu pihak universiti mempercepatkan proses cetakan awal kad pintar untuk diserahkan setibanya mereka mendaftar diri sebagai pelajar USM yang baharu. |
Untuk maklumat lanjut atau ingin memohon produk-produk ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:
- Hits: 16