SPMM - Sistem Pengurusan Minit Mesyuarat
Sistem Pengurusan Minit Mesyuarat (SPMM) dibangunkan untuk memudahkan setiausaha dalam menyediakan minit mesyuarat dengan segera. Sistem ini juga membantu pengerusi memantau staf dalam melakukan tindakan ke atas minit berkenaan dan juga membantu ahli mesyuarat dalam mengambil tindakan terhadap perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat.
Produk ini dilengkapi dengan ciri-ciri :
• Setiausaha dapat merekodkan minit mesyuarat secara online dan serta merta
• Senarai kehadiran dapat dikenalpasti sebelum minit ditulis
• Tindakan terhadap minit dapat ditetapkan kepada senarai ahli mesyuarat yang hadir
• Staf yang mempunyai tindakan akan mendapat e-mail makluman dan dapat memantau tugasan/ tindakan serta mengemaskini tindakan melalui sistem ini
• Staf akan mendapat peringatan untuk kemaskini tindakan yang telah dilakukan oleh Setiausaha.
• Statistik bilangan mesyuarat, bilangan tindakan dan kehadiran dapat diketahui
• Pencarian minit mesyuarat dapat dilakukan dengan pantas dengan hanya memasukan katakunci yang diingini
• Minit mesyuarat boleh di ‘generate’ sebagai PDF untuk simpanan ahli jika perlu.
Produk ini menggunakan capaian Campus Online dan boleh dilayari oleh semua pengguna di peringkat PTJ.
Berminat menggunakan sistem ini di tempat anda? Untuk maklumat lanjut atau ingin memohon produk ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:
- Hits: 19