Skip to main content

Survey Perkhidmatan PTD Terima Sambutan Menggalakkan

survey2025Nibong Tebal, 29 Oktober 2025 – Pusat Teknologi Digital (PTD) Kampus Kejuruteraan telah melancarkan Survey Perkhidmatan bermula pada 13 Oktober 2025 bagi mendapatkan maklum balas pengguna terhadap mutu perkhidmatan yang disediakan.

Survey ini bertujuan menilai tahap kepuasan pelanggan serta menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan PTD dari semasa ke semasa. Sebagai tarikan tambahan, aktiviti “Mystery Box” turut diadakan bagi menghargai peserta yang mengambil bahagian dalam survey ini.

Setakat ini, jumlah penyertaan yang diterima adalah sebanyak 117 responden, melibatkan staf dan pelajar kampus. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan menunjukkan keprihatinan warga kampus terhadap usaha penambahbaikan berterusan oleh PTD.

Survey ini masih dibuka dan semua warga kampus dijemput untuk turut serta memberikan maklum balas bagi membantu PTD menambah baik mutu perkhidmatan pada masa akan datang.

  • Hits: 42