Program Sihat PTD Fit Kej 2.0

Nibong Tebal, 28 Oktober 2025 – Pasukan PTD FIT Pusat Transformasi Digital (PTD), Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan telah berjaya menganjurkan Program Sihat PTD FIT KEJ 2.0 bertempat di Studio Telesidang PTD dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Selaras dengan inisiatif baik USM dalam menjayakan agenda Kampus Sejahtera dan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) 3: Good Health and Well-Being, program ini bertujuan untuk memastikan staf kekal sihat serta menggalakkan kesejahteraan untuk semua lapisan umur. PTD FIT mengambil peluang ini untuk mempromosikan amalan saringan kesihatan dalam kalangan staf PTD agar mereka dapat mengekalkan kesejahteraan diri di samping mengambil tindakan intervensi yang bersesuaian mengikut tahap kesihatan masing-masing.
Seramai 22 orang peserta staf PTD Kampus Kejuruteraan telah hadir bagi menjalani saringan kesihatan yang merangkumi ujian darah, pemeriksaan air kencing, pengambilan Indeks Jisim Badan (BMI), pemeriksaan tekanan darah (BP) serta konsultasi bersama doktor.
Menariknya, penganjuran tahun ini menampilkan sedikit kelainan apabila peserta diberi peluang untuk melakukan self check bagi BP dan BMI masing-masing. Walau bagaimanapun, proses ini tetap dipantau dan dibantu oleh jururawat serta pasukan Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan bagi memastikan ketepatan dan keselamatan pemeriksaan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga PTD Kampus Kejuruteraan yang telah memberikan komitmen tinggi dalam menjayakan program ini. Setinggi-tinggi pernghargaan juga kepada Unit Kesihatan Kampus Kejuruteraan yang diketuai oleh pasukan Dr. Sakinah bersama para jururawat bertugas yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesi saringan kesihatan sepanjang program berlangsung.
Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh kesejahteraan warga PTD dan mempertingkat kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dalam kalangan komuniti universiti.
Teks & Foto Disediakan Oleh:
Sharifah Shakila Binti Md Saad
Pengerusi PTD FIT Kampus Kejuruteraan
- Hits: 30