Jom Santai & Family Day Kelab PPKT 2025

Sedim, Kulim, 20 Oktober 2025 - Bagi mengukuhkan lagi semangat kekeluargaan dan silaturrahim dalam kalangan ahli, Kelab PPKT sesi 2024/2025 telah menganjurkan Program Jom Santai dan Family Day Kelab PPKT 2025 pada 18 hingga 20 Oktober 2025 (Sabtu hingga Isnin).
Program ini telah menghimpunkan ahli dan keluarga dalam suasana santai di tepi Sungai Sedim yang mendamaikan. Sebanyak 7 keluarga telah menyertai aktiviti berkhemah dan bermalam, manakala 10 keluarga lain hadir secara walk-in untuk turut sama memeriahkan suasana pada hari kemuncak program.
Pada hari Ahad, seramai lebih kurang 80 ahli keluarga telah berkumpul menjadikan suasana amat meriah. Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya gotong-royong memasak gulai batang pisang, jelatah, bakar ayam, kambing dan sosej serta mandi sungai. Turut menambah kemeriahan ialah menu potluck yang dibawa oleh keluarga walk-in dengan pelbagai juadah istimewa.
Selain menikmati hidangan dan berkelah bersama, aktiviti ini turut menjadi ruang untuk ahli kelab dan keluarga saling berkenalan serta mengeratkan hubungan sesama mereka.
Secara keseluruhannya, Program Jom Santai dan Family Day Kelab PPKT 2025 telah berjalan dengan lancar, meriah dan penuh semangat kekeluargaan. Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus kekal erat dan program seumpamanya dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.


Teks & Foto : Suhaimi
- Hits: 71