Skip to main content

TechTalk Siri 2 - 2 Oktober 2025

TECHTALK SIRI 2/2025 PERKONGSIAN TEKNOLOGI ANJURAN PUSAT TRANSFORMASI DIGITAL (PTD) USM KAMPUS KEJURUTERAAN

NIBONG TEBAL, 2 OKT 2025 (KHAMIS) – Pusat Transformasi Digital, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan telah menganjurkan TechTalk Siri 2/2025: Perkongsian Teknologi bertempat di Studio Telesidang, Pusat Transformasi Digital. Program ini berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan menawarkan sebanyak 3 mata CPD ICT kepada para peserta.

Sesi perkongsian ini menghimpunkan tiga orang penceramah jemputan dengan topik yang pelbagai, merangkumi aspek teknologi semasa, kecerdasan buatan serta perisian sumber terbuka:

  • Encik Mazlifendirizan Md. Rejab
    Artificial Intelligence for Environmental, Social and Governance
  • Encik Mohamad Khairi Bin Osman
    "Click, Connect, Collaborate”: with Cisco Roombar & Maxhub Solution
  • Encik Mohamed Amir Husaini bin Abdul Hamid
    GIMP Pun Boleh, Free Je

Penganjuran siri kedua TechTalk pada tahun 2025 ini selari dengan usaha USM untuk menyemarakkan budaya perkongsian ilmu dan inovasi digital dalam kalangan warga kampus. Program ini turut memberi ruang kepada peserta untuk memahami perkembangan terkini dalam bidang teknologi di samping memanfaatkan teknologi pintar serta aplikasi percuma bagi meningkatkan produktiviti kerja harian.

techtalk2 2025 02

Pusat Transformasi Digital USM Kampus Kejuruteraan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan sebagai medium memperkasa pengetahuan digital dan inovasi teknologi di universiti.

techtalk2 2025 03techtalk2 2025 04techtalk2 2025 05

Teks: Puan Jamaliah
Foto: Puan Mashithah

  • Hits: 11