Skip to main content

KURSUS MUSIM CUTI SEKOLAH- JOM JADI PROGRAMMER & KEM BINA FOLIO

JOM JADI PROGRAMMER 1

Nibong Tebal, 18 September 2025 – Pusat Transformasi Digital telah menganjurkan dua program latihan ICT sempena cuti sekolah pada 17 dan 18 September 2025 bertujuan memupuk minat pelajar terhadap teknologi dan kemahiran digital abad ke-21.

Program pertama bertajuk “Jom Jadi Programmer menggunakan Scratch” memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah rendah dan menengah rendah tentang asas pengaturcaraan melalui platform Scratch di samping memperkenalkan konsep kecerdasan buatan (AI) secara interaktif dan menyeronokkan. Seramai 26 pelajar telah menyertai Program Jom Jadi Programmer yang terdiri daripada pelbagai sekolah dari Pulau Pinang, Kedah & Selangor.

Manakala program kedua, “Kem Bina Folio”, memberi peluang kepada peserta untuk membangunkan folio menggunakan pelbagai aplikasi Microsoft Word. Peserta diajar cara menghasilkan profil diri, rekod pencapaian dan portfolio pembelajaran yang menarik serta sesuai digunakan untuk tujuan pembentangan di sekolah. Seramai 16 orang pelajar telah menyertai Kem Bina Polio yang terdiri dari sekolah sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

Kedua-dua program ini dijalankan secara hands-on dengan bimbingan fasilitator daripada Pusat Transformasi Digital, dibantu oleh pelajar universiti yang berperanan sebagai mentor muda.

Menurut penyelaras program, penganjuran kursus ICT sempena cuti sekolah ini bertujuan membina keyakinan pelajar terhadap penggunaan teknologi sekaligus menyokong agenda pendigitalan pendidikan di peringkat akar umbi.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta dan sesi perkongsian hasil kerja terbaik.

JOM JADI PROGRAMMER BANNER

JOM JADI PROGRAMMER 2

JOM JADI PROGRAMMER 3

Teks: Puan Mashithah
Foto: Puan Mashithah

  • Hits: 7