Skip to main content

SISTEM E-PILIH ONLINE - PEMILIHAN MPPUSM 2025/2026

theguysbehindMINDEN, 11 NOVEMBER 2025 (SELASA) – Pemilihan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang 2025/2026 telah berjalan dengan lancar. Kaedah pemilihan diadakan secara atas talian sepenuhnya yang dibangunkan oleh Bahagian Aplikasi Digital, Pusat Transformasi Digital (PTD) Kampus Kejuruteraan. Sistem ini juga mendapat sokongan yang jitu daripada PTD Kampus Induk dan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA).

Sistem ePilih dibuka bermula pada 8.30 pagi sehingga 5.00 petang kepada semua pemilih yang layak untuk memilih. Sebanyak 15,055 pelajar didaftarkan sebagai pemilih untuk Kampus Induk dan Kampus Kesihatan manakala Kampus Kejuruteraan mencatatkan keputusan calon menang tanpa bertanding. Pemilihan dikendalikan oleh jawatankuasa yang dilantik di kalangan pelajar.

Sebelum melaksanakan aktiviti pemilihan, pemilih boleh menyemak kelayakan dengan menggunakan Semakan Daftar Pemilih secara atas talian yang dibuka bermula jam 12 tengahari pada 7 November 2025. Semakan Daftar Pemilih memaparkan tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk memilih. Senarai calon bagi Konstituensi Umum dan Konstituensi Pusat Pengajian juga dipapar untuk pemilih melihat maklumat terperinci calon.

Setelah selesai pemilihan dijalankan, keputusan rasmi telah dapat diumumkan seawal jam 6.30 petang oleh Timbalan Naib Canselor BHEPA USM, Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Bin Wan Yahaya. Diharap semoga kelancaran dan kejayaan pemilihan pada kali ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

MPP 2025

Statistik Peratusan Pemilihan MPP

MPP 2025 ramai

Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar USM 2025/2026 bersama Pusat Transformasi Digital.

MPP 2025 TNC.png

Pengumuman rasmi keputusan oleh Timbalan Naib Canselor BHEPA USM, Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar Bin Wan Yahaya.

Teks: Puan Shariza Sharuddin
Foto: Bahagian Aplikasi Digital

  • Hits: 32