Perjumpaan Pusat Transformasi Digital Kampus Kejuruteraan bersama SAHABAT@DIGITALeng
Nibong Tebal, 14 Ogos 2025 – Pusat Transformasi Digital (PTD) Kampus Kejuruteraan telah mengadakan satu perjumpaan bersama wakil SAHABAT@DIGITALeng pada jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat PTD Kampus Kejuruteraan. Perjumpaan ini diadakan sebagai platform perbincangan dan penyelarasan bagi memastikan setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) mempunyai wakil yang dapat membantu dalam pengurusan, penyelenggaraan serta penambahbaikan kemudahan ICT di Kampus Kejuruteraan.
SAHABAT@DIGITALeng merupakan inisiatif PTD yang melibatkan wakil PTJ hasil pencalonan oleh Dekan PTJ masing-masing berperanan sebagai penghubung antara PTD dengan komuniti pengguna ICT. Antara peranan utama SAHABAT@DIGITALeng adalah:
- Membantu PTD memastikan kemudahan ICT di PTJ sentiasa berfungsi dengan baik.
- Menyampaikan maklum balas pengguna berkaitan keperluan dan cadangan penambahbaikan ICT.
- Melibatkan diri dalam program-program anjuran PTD bagi meningkatkan kesedaran digital warga kampus.
Antara PTJ yang hadir pada sesi perjumpaan ini termasuklah:
1. Pej. Pengarah (KEJ)
2. Pusat Islam (KEJ)
3. Pusat Swa-Akreditasi
4. Pusat Pengajian Bahasa Literasi & Terjemahan
5. Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan & Sumber Mineral
6. Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
7. Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
8. Perpustakaan (KEJ)
9. Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam
10. Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
11. Jab. Keselamatan
12. JPPF
13. Unit Kesihatan
14. Redac
15. HAC
Perjumpaan ini telah berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama penuh daripada wakil PTJ. Melalui penglibatan aktif SAHABAT@DIGITALeng, PTD yakin usaha transformasi digital kampus akan dapat diperkasa selaras dengan matlamat universiti ke arah kecemerlangan dalam pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi.
Teks: Puan Mashithah
Foto: Puan Mashithah
- Hits: 59