Skip to main content

Lawatan Penanda Aras Pusat Transformasi Digital Kampus Kejuruteraan ke Pusat Komputeran & Informatik, UMK

UMK2

Pada 10 Ogos 2025, seramai 18 orang delegasi dari Pusat Transformasi Digital Kampus Kejuruteraan (dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi – PPKT) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Komputeran & Informatik (CCI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Lawatan ini merupakan inisiatif untuk memperkukuh jaringan kerjasama dan pertukaran kepakaran dalam bidang teknologi maklumat di antara kedua-dua institusi.

Ketibaan delegasi pada jam 9.00 pagi telah disambut mesra oleh Pengarah CCI UMK, Encik Faizum bersama barisan pengurusan dan kakitangan. Majlis dimulakan dengan sesi pengenalan dan taklimat ringkas mengenai peranan serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh CCI UMK diikuti dengan perbincangan dan sesi soal jawab.

Sepanjang sesi ini, kedua-dua pihak berpeluang berkongsi amalan terbaik, membincangkan strategi pengurusan perkhidmatan ICT dan meneliti pendekatan inovatif dalam menyokong pengajaran, pembelajaran serta pentadbiran universiti. Pertukaran pandangan ini bukan sahaja memperkayakan pengetahuan malah membuka peluang kolaborasi pada masa hadapan.

Lawatan yang berakhir pada jam 1.00 tengah hari ini telah berjaya mencapai matlamatnya sebagai platform perkongsian ilmu, pengalaman dan kepakaran. Pusat Transformasi Digital Kampus Kejuruteraan merakamkan penghargaan kepada pihak CCI UMK atas layanan mesra dan kesediaan untuk berkongsi kepakaran di samping mengharapkan hubungan kerjasama ini akan terus diperkukuh pada masa akan datang.

UMK1

Teks: Puan Mashithah
Foto: Puan Mashithah

  • Hits: 39