Majlis Persaraan Pn Halimaton Ekmar dan Sambutan Hari Lahir Staf Julai - Disember
NIBONG TEBAL, 2 Oktober 2025 – Pusat Transformasi Digital (PTD) Kampus Kejuruteraan dengan kerjasama Kelab PPKT telah mengadakan Majlis Persaraan Puan Halimaton Ekmar Binti Abdul Hadi dan Sambutan Hari Lahir ahli kelab. Majlis kali ini dikendalikan oleh Kelab PPKT dengan bantuan daripada pelajar praktikal.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Haji Mohamed Amir Husaini Bin Abdul Hamid. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Timbalan Pengarah PTD iaitu Encik Mazlifendirizan Md. Rejab dan disusuli ucapan Presiden Kelab PPKT, Encik Wan Ahmad Sarbini Bin Wan Mohd Ali.
Acara pertama adalah tayangan video persaraan dan rakaman ucapan daripada Puan Halimaton Ekmar yang telah disediakan oleh Bahagian Aplikasi Digital. Beliau tidak dapat hadir atas faktor kesihatan dan mewakilkan anaknya Encik Arif untuk menghadiri jemputan pada majlis ini. Cenderamata telah disampaikan oleh Encik Mazlifendizan bagi menghargai jasa dalam perkhidmatan Puan Halimaton Ekmar selama berkhidmat di PPKT khususnya dan di USM amnya.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan Biro Kebajikan untuk ahli kelab yang masuk wad, kelahiran anak dan kematian ahli keluarga. Sumbangan disampaikan oleh Encik Wan Ahmad Sarbini. Hadiah hari lahir telah diberikan kepada ahli kelab yang lahir pada bulan Julai sehingga Disember. Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Kelab PPKT, Puan Umul Hapsah Binti Mohamad.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan untuk semua hadirin. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada kali ini.
Teks: Puan Mashithah
Foto: Puan Junaidah
- Hits: 28