Skip to main content

Gotong-Royong Kelestarian PPKT Kampus Kejuruteraan

29 Mei 2025 | Nibong Tebal – Suasana pagi di Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan USM dimeriahkan dengan pelaksanaan aktiviti gotong-royong sempena inisiatif kelestarian kampus yang melibatkan empat projek utama. Staf PPKT bersama-sama menyumbang tenaga ke arah mewujudkan kampus yang lebih lestari dan ceria. Gotong-royong hari ini memberi fokus kepada 4 perkara berikut:

📌 1. Kitar Semula (Pengumpulan Barangan Boleh Kitar Semula)

Aktiviti ini melibatkan pengumpulan dan pengasingan barangan mengikut kategori yang boleh dikitar semula untuk ditebus kepada wang tunai. Dalam masa yang sama, sampah-sarap lain yang tidak boleh dikitar semula turut dikumpulkan dan dilupuskan dengan betul di lokasi pelupusan yang ditetapkan. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong ekonomi kitar semula, malah membantu memastikan kebersihan dan kelestarian persekitaran kampus.

🛠️ 2. Mercu Tanda PPKT

Projek ini menyaksikan kerja-kerja pembersihan tapak dan landskap sekitar mercu tanda PPKT yang akan dibangunkan. Inisiatif ini bertujuan menyerlahkan identiti PPKT sebagai pusat perkhidmatan yang cemerlang dan sentiasa bersedia berkhidmat untuk warga kampus.

📸 3. Photobooth

Staf PPKT turut mengubahsuai photobooth sedia ada sebelum ini untuk menjadi tarikan kepada pelawat serta medium promosi PPKT dalam pelbagai acara mendatang. Photobooth ini juga akan menjadi salah satu elemen yang menyokong promosi kepada budaya kampus hijau.

📌 4. Poster SDG (Sustainable Development Goals)

Beberapa sudut strategik sekitar PPKT kini dihiasi dengan poster-poster SDG yang berkaitan. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran warga kampus terhadap 17 Matlamat Pembangunan Lestari, sejajar dengan komitmen USM sebagai universiti terulung dalam kelestarian.

💧 5. Projek Tadahan Air

Sebagai langkah praktikal pengurusan sumber air, satu sistem tadahan air hujan ringkas akan dibangunkan berhampiran kawasan utiliti. Air yang ditadah akan digunakan semula bagi tujuan penyiraman tumbuhan sekitar dan pembersihan am selaras dengan pendekatan kampus mengguna sumber semula jadi dalam aktiviti harian.

☕ Makan Pagi untuk Semua

Bagi menghargai penglibatan aktif semua peserta, sarapan pagi turut disediakan dalam suasana santai dan mesra sekaligus mengeratkan lagi hubungan di kalangan warga PPKT.

Aktiviti pagi ini membuktikan bahawa semangat kesukarelawanan dan kelestarian boleh berjalan seiring – mencipta impak positif bukan sahaja terhadap alam sekitar, tetapi juga terhadap komuniti kampus itu sendiri. 🌱

🔖 #SustainabilityUSM 🔖 #GreenCampusUSM

aktivti kelestarian 230525aktivti kelestarian 290525 28
aktivti kelestarian 290525 23

Lebih banyak gambar di sini.

  • Hits: 22