Skip to main content

Perkhidmatan

Konsultansi ICT

Sebagai pusat perkhidmatan ICT di USM, PPKT menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat kepada individu, jabatan, mahupun organisasi berkaitan dengan kemudahan ICT atau pertanyaan umum ICT sama ada yang ditawarkan di dalam kampus mahupun di luar kampus. Ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan pembelian, penggunaan, arah tuju dan pengendalian perkakasan dan perisian komputer serta perkhidmatan ICT.

Antara bidang kepakaran yang ditawarkan adalah :

  • Pengurusan Rangkaian & telekomunikasi
  • Pengurusan Pelanggan
  • Pengurusan & Pembangunan Aplikasi
  • Perisian & Perkakasan ICT
  • Perisian Sumber Terbuka
  • Keselamatan ICT
  • Latihan ICT

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

  • Hits: 7321

Komputer & Perisian

KEMUDAHAN KOMPUTER

Sebagai penyedia perkhidmatan ICT, PPKT tidak terkecuali dalam menyediakan kemudahan komputer dan perisian untuk kegunaan staf dan pelajar yang berkhidmat dan belajar di USM.

PPKT menyediakan kemudahan pinjaman komputer jangka panjang dan jangka pendek khusus untuk kegunaan staf dan pelajar dalam melaksanakan aktiviti universiti.

Pinjaman jangka panjang

Terbuka kepada staf yang berkhidmat dalam USM. Komputer boleh dipohon dengan melayari portal http://servisdesk.eng.usm.my/ppkt. Keutamaan adalah diberikan kepada staf dalam kumpulan Akademik serta Pengurusan & Profesional. Spesifikasi komputer yang dibekalkan akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. Staf yang berubah tempat tugas atau tamat perkhidmatan mesti memulangkan komputer yang dipinjam dalam keadaan baik.

Pinjaman jangka pendek

Terbuka kepada staf dan pelajar yang bekhidmat dan belajar dalam USM untuk kegunaan program, aktiviti dan sebagainya. Pinjaman ini tertakluk kepada jumlah komputer yang ada dan mempunyai satu jangka masa untuk dipulangkan iaitu maksimum selama sebulan. Permohonan boleh dibuat melalui http://servisdesk.eng.usm.my/ppkt.

Perkhidmatan Baikpulih Komputer

PPKT juga menyediakan perkhidmatan baikpulih komputer khusus untuk komputer yang dibekalkan oleh PPKT sahaja. Untuk membuat aduan tentang kerosakan komputer, sila masukkan aduan di http://servisdesk.eng.usm.my/ppkt. Bagi komputer yang bukan dibekalkan oleh PPKT, pihak PPKT

 


KEMUDAHAN PERISIAN

Sebagai sebuah penyedia perkhidmatan ICT, PPKT menyediakan perisian berlesen untuk pengajaran dan pembelajaran serta kegunaan pengurusan operasi seharian. Perisian berlesen ini terbuka kepada staf dan pelajar yang berkhidmat dan belajar di USM. Bagi perisian untuk pengajaran dan pembelajaran, maklumat untuk memuaturun boleh didapatkan dari sini. Bagi perisian lain, pengguna boleh datang sendiri ke PPKT dengan membawa komputer masing-masing untuk dimasukkan perisian yang diperlukan.





Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

  • Hits: 19452

Keselamatan ICT

Keselamatan ICT adalah bermaksud keadaan di mana segala urusan menyedia dan membekalkan perkhidmatan yang berasaskan sistem ICT berjalan secara berterusan tanpa gangguan yang boleh menjejaskan urusan tersebut.netsecurity

 PPKT berperanan memastikan keselamatan ICT diamalkan oleh warga USM bagi memastikan tiada ancaman Siber serta penyalahgunaan kemudahan ICT yang dibekalkan oleh universiti. Pihak Pengurusan telah menetapkan polisi keselamatan yang perlu dipatuhi oleh setiap pengguna USM. Antara perkhidmatan umum yang disediakan  Active Directory, UTM (Unified Threat Management), Content Filtering, Endpoint Security, AAA (Authentication, Authorization & Auditing) dan audit perisian.


pengurusan akaun identiti

 

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

  • Hits: 8397

Kad Pintar

smartcard

PPKT menyediakan perkhidmatan kad pintar bagi keseluruhan pengguna USM Kejuruteraan bagi memastikan keselamatan peralatan serta setiap akses direkodkan bagi memudahkan pemantauan. Terdapat 146 pintu di Pusat-Pusat Pengajian yang dilengkapi dengan sistem kad pintar merangkumi keseluruhan Kampus Kejuruteraan.

Polisi ditetapkan bagi membolehkan pengguna mengakses pintu yang dibenarkan sahaja. Ia bertujuan mengelakkan penyalahgunaan serta menghadkan akses pengguna.

Setiap pemilik kad juga boleh mengakses ke tiga-tiga pintu masuk USM. Kad ini mempunyai tempoh tamat.

Pelajar-pelajar pula memiliki Kad Pintar Prihatin yang juga boleh digunakan untuk transaksi ATM serta pengeluaran wang PTPTN.

Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

  • Hits: 9966

Emel USM

Pengenalan dan Objekif      

Secara amnya perkhidmatan e-mel di USM Kejuruteraan terbahagi kepada dua     

  1. Perkhidmatan e-mel untuk staf (usm.my)
  2. Perkhidmatan e-mel untuk pelajar (student.usm.my)

Melalui perkhidmatan ini, diharapkan akan memudahkan komunikasi antara warga kampus dan luar kampus dengan kaedah yang cepat dengan kos yang minimum.

Permohonan

Bagi pelajar dan staf, akaun e-mel akan diwujudkan sejurus ditawarkan sebagai pelajar/staf USM. Maklumat e-mel akan disertakan di dalam surat tawaran.

Hanya warga USM sahaja yang layak mendapatkan kemudahan perkhidmatan ini.

Penamatan Akaun

  1. Untuk staf yang bersara – akaun akan dinyahaktif selepas SEBULAN dari tarikh persaraan.
  2. Untuk pelajar yang telah tamat pengajian – akaun akan dinyahaktif selepas SETAHUN dari tarikh tamat pengajian.

Size Storan

USM membekalkan ruangan storan bersaiz 10GB untuk setiap akaun e-mel dan 10GB untuk Onedrive.

Ciri-ciri

Antara ciri-ciri istimewa yang boleh didapati

  1. https://owa.usm.my- Antara muka grafik yang mudah
    - Online Instant Messaging
    - Address Book
    - Calendar
    - Paparan mesej berasaskan perbualan
    - Tapisan e-mel Junk dan tetapan pengguna
    - Berasaskan web

    owa

  2. https://www.outlook.com/student.usm.my
    - Antara muka grafik yang mudah
    - Address Book
    - Calendar
    - Berasaskan web
    - Online Instant Messaging
    - Tapisan E-mel Junk

apple iosSetup USM Email on Apple Device

Penukaran kata laluan

Untuk menukar kata laluan, sila ke self.usm.my dan klik “Change Password”. Kata laluan baru perlu memenuhi kriteria seperti berikut:

  • Sekurang-kurangnya 8 karakter
  • Tidak boleh melebihi 25 karakter
  • Tidak boleh sama dengan nama anda atau nama pengguna (username) anda
  • Mesti mempunyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol

Terlupa kata laluan

Sekiranya anda terlupa kata laluan, sila kunjungi kaunter Servisdesk@PPKT-ENG / telefon 04-5995333 / email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Hebahan e-mel

Bermula 15 Mac 2021, penghantaran emel hebahan ke semua kampus akan dilakukan oleh Hebahan Kejuruteraan dan tidak lagi melalui Pentadbir Emel Kampus Induk.

Hebahan oleh This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. merangkumi:

  1. Hebahan ke Kampus Kejuruteraan sahaja (tidak memerlukan borang, emel terus kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
  2. Hebahan ke Semua Kampus (memerlukan borang pengesahan Dekan/Ketua Jabatan dan emel terus ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Untuk memohon hebahan ke semua kampus, sila ikuti SOP seperti gambar di bawah:

hebahan emel

Untuk sebarang masalah, hubungi kami melalui kaedah berikut:

  • Hits: 30