Skip to main content

SISTEM PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) DAN MAJLIS PENGHUNI DESASISWA (MPD) UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERLANGSUNG SECARA DALAM TALIAN, LIBATKAN 15,353 PEMILIH

MINDEN, 5 November 2026 – Sistem Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan
Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) Universiti Sains Malaysia, Sidang 2026/2027  telah berlangsung secara dalam talian sepenuhnya bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang, melibatkan seramai 15,353 orang pemilih.

Pelaksanaan sistem pemilihan secara digital ini dibangunkan oleh Bahagian Aplikasi Digital, Pusat Transformasi Digital (PTD) Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin  bagi memastikan proses pemilihan dapat dilaksanakan dengan lancar, sistematik dan teratur.

Berbeza dengan pelaksanaan sebelum ini, sistem pemilihan kini terdapat juga penambahan modul pemilihan Majlis Penghuni Desasiswa. Inisiatif tersebut memperluas penggunaan platform digital dalam menyokong proses pemilihan yang melibatkan komuniti kampus.

Sebelum pemilihan, pemilih boleh menyemak kelayakan dengan menggunakan Semakan Daftar Pemilih secara dalam talian yang dibuka bermula pukul 3.00 petang pada 2 November 2026. Semakan Daftar Pemilih memaparkan tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk memilih. Senarai calon bagi Konstituensi Umum, Konstituensi Pusat Pengajian dan Konstituensi Desasiswa juga dipapar untuk pemilih melihat maklumat terperinci calon.
Kejayaan pelaksanaan sistem ini turut mendapat sokongan padu daripada PTD Kampus Induk serta Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) yang bersama-sama memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan kelancaran keseluruhan proses pemilihan.

Keputusan pemilihan telah diumumkan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed. Turut serta dalam pengumuman tersebut, Timbalan Naib Canselor BHEPA USM, Profesor Dr. Wan Ahmad Jaafar bin Wan Yahaya. Diharap semoga kelancaran dan kejayaan pemilihan pada kali ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Statistik Peratusan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

Statistik Peratusan Pemilihan Majlis Penghuni Desasiswa (MPD)

Pengumuman rasmi keputusan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.

Encik Mazlifendirizan bin Md Rejab, Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Digital (PTD) Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin bersama barisan staf teknikal dan pembangun Sistem ePilih.

 

Teks: Puan Shariza
Foto: DDA

  • Hits: 79