Skip to main content

Jom Santai Kelab PTD 2026: Eratkan Silaturahim di Teratak Merah Sedim

KULIM, 31 Oktober 2026 – Kelab PTD Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, USM telah menganjurkan program "Jom Santai Kelab PTD 2026" bertempat di Teratak Merah Sedim, Kulim, Kedah pada hari Sabtu, 31 Oktober 2026. 
Mengangkat tema "Santai Bersama Keluarga dan Rakan PTD Anda", program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah dalam kalangan warga PTD serta ahli keluarga masing-masing dalam suasana alam semula jadi yang mendamaikan.

Program bermula pada jam 12.00 tengah hari dengan sesi jamuan makan tengah hari, solat Zohor serta aktiviti riadah mandi sungai. Para hadirin disajikan dengan hidangan kampung yang menyelerakan seperti nasi putih, kari daging, ikan masin, sambal belacan, ulam-ulaman, buah-buahan dan air sirap oren.

Acara diteruskan pada jam 2.30 petang dengan sesi penyampaian hadiah bagi acara Olympiad yang telah diadakan sepanjang Oktober sebagai tanda penghargaan kepada para pemenang. Seterusnya, pada jam 3.00 petang, seramai 11 keluarga yang memilih untuk menginap mula mendaftar masuk (check-in) manakala peserta lain meneruskan aktiviti bebas bersama keluarga.

Pada waktu petang, acara santai bermain gasing dan timbang bulu ayam diadakan bagi memperkenalkan anak-anak dengan permainan tradisional. Pada waktu malam, keluarga yang menginap mengisi masa dgn acara BBQ dan makan malam bersama-sama. Kelab PTD mengucapkan terima kasih di atas penganjuran program seumpama ini dan diharapkan semua staf dapat terus memupuk semangat berpasukan dan kesejahteraan pada masa akan datang.

Teks: Kelab PTD Kejuruteraan
Foto: Kelab PTD Kejuruteraan

  • Hits: 52