Program Kesihatan 2025: Pilihan Bijak Untuk Gaya Hidup Sihat
Dalam usaha memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, Program Kesihatan ini menekankan kepentingan pemilihan makanan dan minuman yang sihat serta saringan kesihatan secara berkala.

1. Pemilihan Makanan Sihat. (SDG 3: Kesihatan dan Kesejahteraan)
Salah satu langkah mudah untuk menjaga kesihatan ialah dengan memilih makanan yang rendah gula dan karbohidrat. Contohnya, buah nenas potong tanpa tambahan asam yang sesuai untuk mereka yang mahu mengurangkan pengambilan gula berlebihan tetapi tetap mendapat rasa segar dan vitamin dari buah-buahan semula jadi.

2. Minuman Sihat Tanpa Gula
Pilihan minuman juga memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan. Minuman seperti teh limau kosong dan produk “zero sugar” sangat sesuai bagi mereka yang mahu mengurangkan kalori dan gula dalam diet harian. Teh limau kosong memberikan kesegaran tanpa beban gula tambahan, manakala produk zero sugar membantu mengawal pengambilan gula bagi pesakit kencing manis atau yang berdiet.
3. Pendekatan Diet ‘Suku-Suku Separuh’ dan ‘No Carbo Day’. (SDG 2: Tiada Kelaparan dan SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab)


Program ini juga menggalakkan konsep makan ‘suku-suku separuh’, iaitu pembahagian pinggan makanan kepada suku protein, suku karbohidrat dan separuh sayur-sayuran untuk memastikan pemakanan yang seimbang.
Meskipun fokus utama adalah kesihatan, pemakanan seimbang yang disarankan dalam program ini menyokong matlamat menyediakan makanan yang cukup dan berkhasiat untuk semua. Konsep ‘suku-suku separuh’ membantu memastikan pemakanan yang sihat dan mencukupi zat, mengurangkan risiko kekurangan nutrisi.
Selain itu, amalan ‘No Carbo Day’ diperkenalkan sebagai satu hari dalam seminggu juga menggalakkan penggunaan sumber makanan yang bertanggungjawab dan mengurangkan pembaziran — selari dengan SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab. Selain itu, ianya juga dapat mengurangkan pengambilan karbohidrat dan memberi peluang kepada badan untuk detoksifikasi.
4. Saringan Kesihatan Berkala
Sebagai pelengkap kepada pemilihan makanan dan minuman yang sihat, saringan kesihatan secara berkala melalui “Program Sihat” amat digalakkan. Saringan ini membantu mengesan awal sebarang masalah kesihatan dan memberi peluang untuk rawatan awal serta nasihat pemakanan yang sesuai.
Kesimpulannya, Program Kesihatan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada individu, tapi juga menyokong agenda global untuk mencapai pembangunan mampan yang inklusif dan berkualiti. Dengan memilih gaya hidup sihat melalui Program Kesihatan ini, anda bukan sahaja menjaga diri sendiri, malah turut membantu menyokong matlamat global untuk pembangunan mampan. Jom bersama-sama bergerak ke arah masa depan yang lebih sihat, bahagia, dan lestari!
- Hits: 41