Skip to main content

Home

TechTalk@PPKT-ENG Siri 1/2022 - Kupas Isu Pembayaran Digital dan Internet of Things

techtalk01 2022NIBONG TEBAL, 27 Julai 2022 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan program TechTalk@PPKT-ENG Siri 1/2022 bertempat di Studio Telesidang, PPKT Kejuruteraan. Program ini diadakan sebagai platform perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan perkembangan terkini dalam dunia teknologi digital dan Internet of Things (IoT).

Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini menampilkan empat orang penceramah dalaman dari PPKT Kampus Kejuruteraan dan Kampus Induk yang berkongsi topik menarik dan relevan dengan keperluan semasa era digital. Mereka ialah:

  • Encik Mohd Jamil B. KasimPayment Gateway: toyyibPay
  • Puan Azura Bt. Muhammad MaricanE-Wallet: Cara Terkini Kehidupan Digital
  • Encik Wan Ahmad Saribini B. Wan Mohd AliIoT: Perkakas Rumah Pintar
  • Encik Abdul Wahab B. ZakiariaInternet of Things

Penganjuran siri pertama TechTalk bagi tahun 2022 ini bertujuan untuk memperkukuh budaya inovasi, perkongsian ilmu serta meningkatkan kesedaran terhadap potensi teknologi digital dalam kalangan staf.

Topik yang dibentangkan bukan sahaja memberi pendedahan tentang kemajuan teknologi pembayaran tanpa tunai seperti payment gateway dan e-wallet, malah turut memperkenalkan aplikasi praktikal IoT dalam kehidupan seharian dan persekitaran kerja pintar.

Selain penyertaan secara fizikal, program ini turut disiarkan secara dalam talian melalui platform Webex bagi memberi peluang kepada warga kampus lain untuk turut serta dalam sesi pembelajaran ini.

Dengan sambutan yang menggalakkan, PPKT merancang untuk meneruskan siri TechTalk seterusnya dengan menampilkan lebih banyak topik berkaitan inovasi ICT, keselamatan siber dan transformasi digital selaras dengan aspirasi USM sebagai Universiti APEX yang menerajui kecemerlangan ilmu dan teknologi ke arah kelestarian global.

  • Hits: 55