Skip to main content

Home

FORUM SANTAI PPKT ENG BINCANG ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN NORMA BAHARU

techtalk01 2021NIBONG TEBAL, 2 April 2021 – Isu dan cabaran teknologi dalam membudayakan pendidikan norma baharu, khususnya semasa pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), telah dibincangkan secara tuntas dalam satu Forum Santai yang dianjurkan oleh Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan.

Forum yang bertajuk "PdPR: Ok ke Tak?" ini telah diadakan secara langsung di Facebook Live PPKT ENG pada 2 April 2021, jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Ia menampilkan barisan panel yang mewakili tiga sudut pandang utama dalam ekosistem pendidikan:

  • Guru: Cikgu Rohani binti Md Nor dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, yang juga merupakan Guru Cemerlang Gred Khas C Matematik Tambahan dan Pengajar DidikTV.
  • Ibu Bapa: Prof Dr Mohd Azmier bin Ahmad, Pensyarah USM Kampus Kejuruteraan.
  • Pelajar: Muhammad Alif Fauzan bin Mohd Fauzie, pelajar SPM Max dari Sek Men Panglima Bukit Gantang.

Perbincangan yang berfokus kepada isu dan cabaran teknologi dalam pendidikan norma baharu ini telah dikendalikan oleh En Mohd Kamil bin Ashar, Pegawai Tadbir USM Kampus Kejuruteraan, selaku moderator.

Program ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta berkongsi pengalaman dari pelbagai pihak mengenai usaha membudayakan pendidikan norma baharu dan mengatasi cabaran teknologi yang timbul sepanjang tempoh PdPR. Program yang mendapat sambutan positif ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat yang terlibat dalam proses PdPR.

  • Hits: 35