Skip to main content

PERSIDANGAN ICT4U

image1
SEBERANG JAYA,7 NOVEMBER 2019 (KHAMIS) - Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi Kampus Kejuruteraan (PPKT) ulung kalinya telah mengadakan “Conference On ICT For University (Persidangan ICT4U) pada 5 – 6 November 2019 di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Persidangan ini bertujuan untuk menghimpun pakar-pakar pengamal ICT dari seluruh Malaysia bagi berkongsi pengalaman atau hasil solusi “Amalan Terbaik” mereka dalam pentadbiran ICT di peringkat universiti di Malaysia.

Baca selanjutnya: PERSIDANGAN ICT4U

  • Hits: 42

SESI TAKLIMAT DAN PERKONGSIAN SISTEM BUDAYA KERJA CEMERLANG BERSAMA PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIK

image1

NIBONG TEBAL, 14 OKTOBER 2019 (ISNIN)- Atas permintaan daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekanik, satu sesi taklimat dan perkongsian pengalaman Budaya Kerja Cemerlang telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT). PPK Mekanik yang diwakili oleh para penyelia staf yang terdiri daripada Encik Baharom Awang, Encik Rosnin Saranor dan Encik Zaimi Mat Isa. Taklimat ini telah disampaikan oleh pengerusi Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang, Encik Muhamad Azam Md. Tajudin dan turut dihadiri oleh kesemua ahli Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang, PPKT.

Baca selanjutnya: SESI TAKLIMAT DAN PERKONGSIAN SISTEM BUDAYA KERJA CEMERLANG BERSAMA PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN...

  • Hits: 44

Buboq Sora In The Making…..

Buboq1
NIBONG TEBAL, 13 SEPTEMBER 2019 (JUMAAT) - Sempena bulan Muharam 1441 H, Kelab Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan tidak melepaskan peluang menganjurkan program memasak bubur asyura secara gotong-royong di hadapan pejabat Seksyen Infostruktur, PPKT Kampus Kejuruteraan.

Baca selanjutnya: Buboq Sora In The Making…..

  • Hits: 44

Korban Punya Cerita…..

image1
NIBONG TEBAL, 13 OGOS 2019 (SELASA) – Bersempena dengan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini, Kelab Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah mengambil inisiatif membuka peluang untuk ahli-ahlinya merebut pahala korban dengan menganjurkan aktiviti korban. Sebagai permulaan untuk tahun ini, hanya seekor lembu (7 peserta/tumpuk) sahaja yang mengambil bahagian. Harga bagi satu bahagian adalah RM600 sahaja dan bayaran dibuat kepada AJK yang dilantik secara tunai ataupun ansuran iaitu sebulan RM100 sebulan bermula dari Januari 2019 hingga Jun 2019.

Baca selanjutnya: Korban Punya Cerita…..

  • Hits: 46

KURSUS ASAS ADOBE CS2 - SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR

image1

NIBONG TEBAL, 5 JULAI 2019 (JUMAAT) - Bersemangat waja, itulah kata-kata yang boleh diungkapkan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir seramai 12 orang yang hadir ke sesi pengenalan asas pengeditan imej menggunakan perisian Adobe Photoshop. Kursus selama 3 jam ini merupakan kursus bimbingan asas sebagai persediaan untuk Pertandingan Poster Digital, Karnival Serlahan Bakat 2019 anjuran Sekolah Kebangsaan Jawi, ianya juga untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam dunia teknologi masa kini.

Baca selanjutnya: KURSUS ASAS ADOBE CS2 - SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR

  • Hits: 44