Skip to main content

ROBOCON MALAYSIA 2023

MINDEN, 13 JUN 2023 (SELASA) –Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih menjadi tuan rumah kepada Pertandingan ROBOCON 2023 untuk kali yang kedua. Pertandingan tersebut dijalankan di Kompleks Sukan Azman Hashim, USM. Pertandingan ini merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Majlis Perwakilan Pelajar, USM.

Seksyen Aplikasi, Web dan Multimedia, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah dilantik sebagai urusetia untuk pendaftaran pasukan dengan menggunakan Sistem EZReg. Selain itu, pihak PPKT juga diminta untuk menyediakan laman sesawang untuk menyampaikan maklumat pertandingan, paparan siaran langsung pertandingan dan memaparkan keputusan terkini perlawanan.

ezregrobocon2023
Paparan EZReg (Sistem Pendaftaran Pasukan)

Pertandingan dijalankan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang sepanjang 10 hingga 13 Jun 2023. Sebanyak 21 pasukan dari IPTA dan IPTS menyertai pertandingan kali ini. Tema yang berkonsepkan ‘Casting Flowers Over Angkor Wat’ telah diinspirasikan oleh tuan rumah iaitu negara Cambodia.

Pusat Pengajian Elektrik dan Elektronik telah menghantar satu kumpulan yang dikenali sebagai USM Apex A. Tempat pertama dan kedua dimenangi oleh pasukan dari Universiti Teknologi Malaysia. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan UniMAP A. Pemenang juara Robocon Malaysia 2023 akan mewakili Malaysia di ABU ROBOCON pada 27 Ogos 2023 di Phnom Penh, Cambodia.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dijalankan pada 13 Jun 2023. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof Dr Azlinda Azman kepada para pemenang.

ppktitteamppktscoreboardteam

Pasukan IT dan ‘Scoring Board’

Teks : Puan Shariza Binti Sharuddin
Foto : Puan Nurzalina Nordin

  • Hits: 203

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PPKT 2023

NIBONG TEBAL, 10 MEI 2023 (RABU) – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) dengan kerjasama Kelab PPKT telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis tersebut juga turut meraikan hari lahir semua staf untuk tahun 2023. Sambutan diadakan dengan begitu meriah sekali dengan kehadiran staf PPKT dan ahli kelab dari PTJ yang lain. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Salludin Mohd Salleh. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Presiden Kelab PPKT iaitu Encik Khairi Osman dan disusuli dengan ucapan Penasihat Kelab PPKT, Encik Mazlifendirizan Md. Rejab.


jamuanraya2jamuanraya3


Antara acara yang diadakan adalah penyampaian hadiah hari lahir untuk semua ahli kelab yang lahir pada bulan Januari hingga Mei dan majlis perpisahan untuk Encik Mohd Nazmi Khamaruddin. Bagi menghargai jasabaik Encik Mohd Nazmi Khamaruddin sepanjang tempoh berkhidmat di PPKT, yang akan bertukar ke Pusat Bahasa dan Terjemahan pada bulan Mei 2023.

jamuanraya4jamuanraya5


Bagi menyemarakkan majlis, permainan teka lagu raya, dan juga ‘King dan Queen Riuhnya Raya’ juga diadakan. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya. Pelbagai juadah disediakan secara ‘pot luck’ oleh ahli kelab PPKT dan juga sumbangan daripada jabatan. Terima kasih diucapkan pada semua yang menjayakan majlis sambutan pada kali ini.

Teks: Puan Jamaliah
Foto: Puan Shariza Shaari

  • Hits: 197

Perjumpaan SahabatPPKT (Staf) 2023

NIBONG TEBAL, 8 MAC 2023 (RABU) - Satu perjumpaan bersama SahabatPPKT (Staf) telah diadakan pada 8 Mac 2023 (Rabu) di Bilik Mesyuarat Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan. Perjumpaan ini melibatkan staf dari PTJ yang telah dicalonkan oleh ketua jabatan dan dekan masing-masing sebagai SahabatPPKT.

Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab selaku Penyelaras PPKT mengalu-alukan kehadiran dan kerjasama dari semua SahabatPPKT yang hadir dan meluangkan masa bagi menghadiri majlis ini. Perjumpaan diteruskan dengan taklimat dari setiap ketua seksyen dengan maklumat dan info terkini yang berkaitan ICT di Kampus Kejuruteraan.

Perjumpaan dan taklimat santai ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati sebagai penghargaan dari PPKT kepada SahabatPPKT (Staf).

  • Hits: 196

Perjumpaan SahabatPPKT (Pelajar) 2023

NIBONG TEBAL, 22 FEBUARI 2023 (RABU) - Perjumpaan SahabatPPKT (Pelajar) bagi tahun 2023 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan pada jam 3:00 petang dan telah dihadiri oleh 9 wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (MPDJLU).

Sebelum memulakan taklimat, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab selaku Penyelaras PPKT Kampus Kejuruteraan mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan perwakilan pelajar kerana sudi menghadiri perjumpaan tersebut.

Taklimat perkongsian fungsi dan perkhidmatan telah diberikan oleh Puan Mashithah Md Hasim (Ketua Seksyen Korporat), Encik Mohamad Khairi bin Osman (Ketua Seksyen Infostruktur) dan Puan Nurzalina Nordin (Ketua Seksyen Aplikasi dan Multimedia).

Pertemuan diakhiri dengan sesi soal jawab dan pemberian cenderahati sebagai tanda menghargai kepada SahabatPPKT (Pelajar).

Dengan pertemuan ini, diharapkan perhubungan di antara pelajar Kampus Kejuruteraan dan PPKT terjalin erat bagi saling membantu meningkatkan mutu perkhidmatan ICT.

  • Hits: 388

PROGRAM SEMPENA CUTI SEKOLAH, KEM BINA FOLIO

NIBONG TEBAL, 7 Mac 2023 (Selasa) – Program sempena cuti sekolah, Kem Bina Folio telah diadakan di Makmal Multimedia, PPKT Kampus Kejuruteraan untuk anak-anak yang berada sekolah rendah.


binapotfolio2
Kursus ini berlangsung selama 1 hari iaitu bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dan telah disertai oleh seramai 26 orang peserta. Tenaga pengajar kursus adalah Puan Shariza binti Sharuddin, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dari PPKT, Kampus Kejuruteraan dan dibantu oleh beberapa staf PPKT.

binapotfolio3

Hasil yang diharapkan dari kursus ini adalah anak-anak dapat menggunakan Microsoft Word dalam menghasilkan folio yang ceria dan tersusun dari segi format dan isi kandungan.
Pada akhir kursus, anak-anak dapat membawa pulang folio hasil tangan mereka yang lengkap cetak berwarna serta sijil penyertaan.

Teks: Puan Jamaliah
Foto: Puan Mashithah

  • Hits: 203