Skip to main content

HARI BERSAMA PELANGGAN PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI(PPKT), USM, KAMPUS KEJURUTERAAN 2016

IMG 7674Nibong Tebal, 27 & 28 September 2016 – PPKT Kampus Kejuruteraan,  dengan kerjasama Perpustakaan Kejuruteraan telah mengadakan Hari Bersama Pelanggan bertempat di Ruang Legar (Tingkat Bawah), Perpustakaan Kejuruteraan bermula pada 9.00 pagi - 5.00 petang.

Aktiviti yang dijalankan  oleh PPKT  pada hari tersebut adalah seperti Perkhidmatan ‘Servisdesk@PPKT’, Pameran produk PPKT dan gerai jualan barangan ICT.

Aktiviti sebegini diharapkan dapat diteruskan lagi  bagi mendekatkan PPKT dengan warga USM,Kampus Kejuruteraan .

Baca selanjutnya: HARI BERSAMA PELANGGAN PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI(PPKT), USM, KAMPUS KEJURUTERAAN...

  • Hits: 38

Program Jaringan Masyarakat

permatang pasir2
PERMATANG PASIR, 24 Ogos 2016 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi, Kampus Kejuruteraan telah melaksanakan satu program jaringan masyarakat bertempat di Makmal PADI@SKPP (Pusat Akses Digital ICT) pada 24 Ogos 2016 bermula jam 2.00 petang.

Kursus ICT “Pengenalan kepada Microsoft Excel 2013” yang dilaksanakan pada hari tersebut telah dihadiri oleh 20 orang ahli Kelab Komputer SK Permatang Pasir. Tenaga pengajar pada hari tersebut adalah Puan Shariza Bt Sharuddin. Beliau berpengalaman dalam mengajar kursus ICT kepada kakitangan USM melebihi 5 tahun. Kursus tersebut telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengenali dan menggunakan Microsoft Excel untuk membina jadual, mengubah ciri jadual mengikut kesesuaian pilihan, mengenali fungsi pengiraan asas yang terdapat dalam perisian tersebut dan banyak lagi.

Baca selanjutnya: Program Jaringan Masyarakat

  • Hits: 47

PPKT maju selangkah lagi ke arah penjimatan

artikel 1.8
1 April 2016, Penjimatan utiliti adalah alternatif Universiti dalam usaha menjimatkan perbelanjaan tahunan secara berhemah. Penjimatan yang dimaksudkan adalah penukaran talian terus faks kepada talian dalaman melalui perkhidmatan PABX. Perkhidmatan yang digunakan sebelum ini melibatkan kos langganan bulanan dan sewaan tetap talian.Oleh itu, bagi menyokong aspek penjimatan, PPKT mengambil inisiatif/langkah untuk menukar talian terus kepada talian dalaman PABX dengan memansuhkan kesemua kos yang berkaitan. Aktiviti ini melibatkan sebanyak 48 talian meliputi 26 Pusat Tanggugjawab (PTJ). Sepanjang aktiviti ini dijalankan, pelajar latihan industri juga turut dilibatkan bagi memberi pendedahan awal atau mempelajari dunia pekerjaan sebenar.

Baca selanjutnya: PPKT maju selangkah lagi ke arah penjimatan

  • Hits: 32

Makmal Pengajaran PPKT Berwajah Baru

Makmal Wajah baru3

Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, pihak PPKT Kejuruteraan telah mengambil satu inisiatif dengan menukar semua komputer baru di dalam Makmal Pengajaran.

Selari dengan misi PPKT iaitu berperanan sebagai pembekal perkhidmatan ICT yang kompeten dan berkesan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, sebanyak 125 unit komputer baru yang berkapasiti sederhana berjenama Acer telah dimuatkan ke dalam makmal tersebut.

Baca selanjutnya: Makmal Pengajaran PPKT Berwajah Baru

  • Hits: 33