Selamat Menyambut Eidul Fitri

- Hits: 1584


NIBONG TEBAL,16 Mei 2018 (Rabu) – Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi Puan Zieda Suheera Binti Samsuddin yang telah ditugaskan ke Jabatan Bendahari, Kampus Kejuruteraan. Majlis ini adalah anjuran pihak Kelab PPKT bersamaan dengan Sambutan Hilal Ramadan 2018
Baca selanjutnya: Majlis Perpisahan Puan Zieda Suheera


15 April 2018 (Ahad) – Kelab Kakitangan Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi ( Kelab PPKT), Kampus Kejuruteraan telah mengadakan Program Jom Santai PPKT 2018 di Tanjung Assam, Teluk Kumbar, Pulau Pinang. Seramai 80 orang staf dan ahli keluarga telah menyertai program ini. Ia dimeriahkan dengan beberapa acara seperti sukaneka untuk pelbagai peringkat umur, BBQ, santai dan mandi manda. Limpahan makanan yang sedap dan menyelerakan telah disediakan secara “potluck” oleh kakitangan.
Baca selanjutnya: Program Jom Santai PPKT 2018 di Tanjung Assam, Teluk Kumbar

NIBONG TEBAL, 14 MARCH 2018 - EZLEARN pertama kalinya dilancarkan pada bulan March 2018. EZLearn merupakan projek sulung Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi, Kampus Kejuruteraan di dalam merealisasikan pembelajaran ICT secara atas talian. EZLearn membantu warga kampus di dalam mendapatkan pengetahuan asas ICT. Konsep yang diperkenalkan ini tidak memerlukan peserta menghadiri kelas di makmal dan bertemu tenaga pengajar. Sepanjang pembelajaran berlangsung peserta boleh berinteraksi pada masa-masa yang telah ditentukan oleh pengajar melalui platform maya.
Baca selanjutnya: MODUL PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN (EZLEARN)