Skip to main content

Perjumpaan SahabatPPKT-Staf 1/2017

sahabat1

PPKT, 24 Februari 2017 -  Bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi  telah berlangsung perjumpaan bersama wakil-wakil Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang telah dicalonkan sebagai sahabatPPKT-Staf bagi tahun 2017. Majlis ini di pengerusikan oleh wakil TCIO PPKT iaitu Encik Mazlifendirizan B Md Rejab yang telah memulakan  ucapan aluan dan menyampaikan informasi terkini daripada PPKT. Wakil dari Seksyen Korporat, Unit Perkhidmatan Pelanggan, Ketua Seksyen Infostruktur dan Ketua Seksyen Aplikasi dan Multimedia turut serta membentangkan infomasi terkini kepada SahabatPPKT-Staf untuk makluman. Perjumpaan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim bersama sahabat serta mendapatkan maklumat terkini daripada wakil PTJ.

Baca selanjutnya …Perjumpaan SahabatPPKT-Staf 1/2017

  • Hits: 261

Pemenang Kajian Kepuasan Pelanggan PPKT 2016

Pemenang Kajian Kepuasan Pelanggan PPKT 2016

PPKT, 23 Febuari 2017 - Buat pertama kalinya Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) mengambil inisiatif baru menjemput pemenang hadiah yang menjawab kajian Kepuasan Pelanggan ke PPKT untuk sesi fotografi. Sesi fotografi ini bertujuan untuk menghargai pelanggan yang telah meluangkan masa untuk menjawab Kajian kepuasan Pelanggan PPKT. Responden hadiah misteri  bertuah yang ke-222 ialah Wong Jen Nyap dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik. Sesi ini telah dijalankan di Kaunter Perkhidmatan Servisdesk PPKT. Hadiah telah di sampaikan oleh Pn. Salina Binti Abdul Samat mewakili Tn. Haji Fadzil Bin Saidin selaku Timbalan Pengarah PPKT.

Tahniah kepada pemenang. Diharap dengan inisiatif baru ini menarik lebih ramai lagi responden untuk mengisi Kajian Kepuasan Pelanggan PPKT.

Teks : Sharifah Shakila Md Saad
Foto : Nurul Lela Soaid

  • Hits: 224

PPKT perkukuh perkhidmatan yang disediakan

 

ganset 1  ganset 2 

Ahad 19 Februari, Kesenambungan perkhidmatan PPKT yang merangkumi Rangkaian USMNet dan Pusat Data diberi nafas baru menerusi projek menaik taraf punca bekalan kuasa/janakuasa sokongan iaitu Generator Set (Genset).

Kerja menaik taraf berperingkat ini sudah bermula sejak 2016 dengan penambahan  uninterruptible power supply (UPS) untuk Pusat Data. Walaubagaimanapun, UPS ini tidak dapat menampung bekalan elektrik untuk keseluruhan operasi harian PPKT.

Baca selanjutnya …PPKT perkukuh perkhidmatan yang disediakan

  • Hits: 224

Viva Secara Telesidang

viva3

PPKT, 14 Februari 2017 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam telah mengadakan Viva (calon PhD) secara telesidang di bilik Studio Telesidang dengan pemeriksa luar Prof. Dr. A Nikolaides daripada  Aristotle University of Thessaloniki Greece.

Teks: Nurul Lela Soaid / Hafsah Mohd Sahar@Zahar
Foto: Sheikh Md Roshahidi Sheikh Daud

  • Hits: 220

Taklimat Sistem Budaya Kerja Cemerlang (BKC)

bkc1

Nibong Tebal , 14 Febuari 2017 - PPKT Kampus Kejuruteraan telah mengadakan taklimat Budaya Kerja Cemerlang (BKC) untuk semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kejuruteraan. Taklimat ini bertujuan memperkenalkan Sistem BKC kepada semua peserta yang hadir. Seramai 60 orang peserta telah hadir dalam taklimat tersebut.

Baca selanjutnya …Taklimat Sistem Budaya Kerja Cemerlang (BKC)

  • Hits: 225